Lelaki Ini Kongsi Tips Paling Mudah Menjaga iPhone Yang Baru Dibeli. Wajib Baca!
Selamat menjadi pengguna iOS.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Telefon pintar Apple iPhone semakin mendapat tempat di hati pengguna rakyat Malaysia
Masakan tidak, setiap kali pelancaran keluaran terbaru telefon pintar ini pasti mendapat sambutan yang hangat.
Tetapi tahukah anda bagaimana untuk menjaga telefon pintar ini untuk terus beroperasi secara optimum ketika mula-mula ia dibeli di pasaran?
Jangan risau, seorang penulis dan pengkritik Apple iaitu Xavier Naxa ada berkongsi beberapa tips bagaimana untuk menjaga iPhone yang baru dibeli.
Berikut di bawah adalah perkongsian penuh beliau di Twitter:
1. Elakkan daripada panas melampau terutama saat menggunakan permainan mudah alih
2. Cas tersekat pada 80% adalah normal dan bertujuan untuk menjaga bateri
Image via Pitaka
3. Namun cas tersekat pada 80% berkemungkinan iPhone dalam keadaan panas
4. Pastikan aplikasi dan iOS dalam versi terkini
5. Sila guna palam pengecas dan kabel asli atau berstatus MFI
6. Pilih kerangka pelindung (protective casing) yang mampu menyerap haba
7. Tiada masalah untuk memilih kaca bajaan (tempered glass) asalkan ia melindungi skrin
8. Digalakkan cas pada kadaran 20% dan elakkan dari 0%
Selamat menggunakan iPhone! Pengguna Android juga boleh ikut tips ini untuk jaga telefon pintar anda ;)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment