Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Fattah Amin Tolak Duit Komisen Jualan Kambing Perap, Minta Tolong Infakkan Sahaja

Terbaiklah Fattah.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon kacak, Fattah Amin menolak untuk mengambil wang komisen hasil daripada jualan daging kambing

Difahamkan, ia hasil jualan ketika live yang dilakukannya bersama sebuah jenama daging perap terkenal baru-baru ini.

Menerusi perbualan WhatsApp di akaun Instagram @pakmatwesterncafe, mereka mendedahkan tentang pengagihan komisyen kepada pelakon berkenaan.

Image via @pakmatwesterncafee (TikTok)

Sewaktu ditanya pada Fattah, akaun mana yang harus dimasukkan bagi wang komisen tersebut, Fattah meminta supaya wang itu diberikan untuk infak dan minta diuruskan oleh jenama berkenaan.

"Alhamdulillah. Terima kasih bos. Cuma saya nak minta tolong urusan wang komisen tersebut boleh? Infak kepada orang yang memerlukan," jelas Fattah.

Bagaimanapun, jenama itu tidak mendedahkan berapa jumlah komisen yang diterima Fattah dan memberitahu agar perkongsian tersebut menjadi inspirasi buat ramai di luar sana.

"Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing.

"Tapi, Pak Mat bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Pak Mat minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia.

"Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Moga dibalas segala kebaikkan Fattah Amin," tulisnya.

Image via @pakmatwesterncafe (Instagram)

Image via @pakmatwesterncafe (Instagram)

Baik betul hati Fattah, murah rezeki dia :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment