Tomei Lancar Koleksi Raya 'Keepsakes: Written In Gold' & Tampil Duta Baharu, Anna Jobling
Bermula dari 13 Februari hingga 2 Mac 2025, bertempat di Suria KLCC, Aras Concourse, Tomei akan mengadakan 'Tomei Raya Jewelley Showcase'.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena perayaan Aidilfitri tahun ini, Tomei kembali dengan kempen raya baharu iaitu "Tomei Raya Keepsakes: Written in Gold"
Kempen ini diinspirasikan daripada tradisi bertukar kad raya, di mana Tomei ingin membawa semula keindahan menulis ucapan penuh makna, yang sering tidak terucap, digabungkan dengan keanggunan perhiasan emas.
Melalui kempen ini, Tomei meraikan keindahan dalam menzahirkan perasaan, menghargai hubungan, dan mencipta memori yang berkekalan. Kali ini, koleksi barang kemas Tomei direka dengan motif yang sesuai untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.
Di sebalik setiap perhiasan, terpahat kisah istimewanya yang tersendiri. Daripada rekaan yang ringkas lagi menawan hingga rekaan mewah yang menonjol, setiap perhiasan direka sebagai tanda kenangan yang melambangkan perhubungan yang bermakna.
Tiga dari kiri: Pengarah Eksekutif Ng Sheau Yuen, Pengarah Eksekutif, Datin Chong Chow Mooi, Pelakon Antarabangsa, Anna Jobling dan Pengarah Urusan, Datuk Ng Yih Pyng.
Image via Tomei
Antara koleksi Tomei Raya 'Keepsakes: Written In Gold' 2025
Koleksi Anastasia
Memperkenalkan koleksi Raya Anastasia terbaharu, diperbuat daripada emas kuning 916 dengan reka bentuk beralun yang dihiasi dengan kemasan berkilat tinggi.
Rekaan alun yang tidak sekata ini memantulkan cahaya dengan cara yang mempesona, menambahkan ciri-ciri unik kepada perhiasan.
Direka untuk individu yang gemar dengan gaya terkini, koleksi ini sesuai dijadikan perhiasan warisan yang pasti akan melengkapkan penampilan Raya anda.
Koleksi Diamond Cut
Aidilfitri ini, koleksi ikonik Diamond Cut lebih bersinar dengan tiga siri baharu. Diperbuat daripada emas kuning 916, setiap rekaan menampilkan teknologi ‘diamond-cut’ yang mempamerkan kilauan bersinar seperti berlian sebenar.
Antaranya, termasuk rekaan ‘coco’ yang diminati ramai, kini direka dengan elemen moden. Terdapat juga perhiasan dengan rekaan unik bersilang. Koleksi ini menggabungkan ‘diamond-cut’ dan kemasan berkilat tinggi untuk daya tarikan visual yang memukau.
Koleksi Sri Puteri
Raikan dan hargai tradisi Melayu melalui empat siri baharu daripada Koleksi Sri Puteri. Koleksi ini mengetengahkan corak kerawang bunga, anyaman, dan motif flora, di mana setiap perhiasan 916 dihiasi dengan gabungan kemasan matte dan kemasan berkilat tinggi.
Kerawang merupakan motif tradisional Melayu yang sering digunakan dalam pakaian dan aksesori sejak dahulu. Tekstur kontras pada setiap perhiasan ini menjadikan busana Raya sederhana tampil lebih mewah.
Prima Gold – Koleksi Linen
Terokai keindahan emas tulen 24K dengan Koleksi Prima Gold. Aidilfitri tahun ini, koleksi ini menampilkan motif bunga linen yang halus, melambangkan kesederhanaan dan ketahanan.
Diperbuat dengan teknik khas ‘silk-line,’ oleh pakar yang mempunyai kemahiran ketukangan tinggi. Setiap rekaan mencerminkan keindahan seni yang diilhamkan oleh elemen semula jadi yang patut dihargai.
Koleksi Batu Permata
Terokai seleksi barang perhiasan dengan batu permata yang memikat. Terdapat perhiasan berlian dengan motif bunga yang dihiasi dengan emas putih 18K dalam reka bentuk yang mewah.
Bagi yang meminati koleksi batu nilam, di bahagian tengah perhiasan terletak batu nilam bertona biru gelap, dikelilingi oleh emas putih 18K, yang secara tidak langsung menyerlahkan lagi keindahan tona biru batu permata. Direka dengan gaya klasik, sesuai untuk penampilan Aidilfitri yang glamor.
Le Lumiere – Koleksi Dignité
Dignité, koleksi cincin lelaki yang elegan, melambangkan makna kehormatan. Koleksi ini menampilkan berlian istimewa ‘8 Hearts 8 Arrows’ di bahagian tengah cincin, menambahkan keyakinan dalam setiap gaya.
Bahagian badan cincin diperbuat daripada gabungan palladium dan perak berkualiti tinggi; cincin ini direka sesuai untuk dijadikan perhiasan harian.
Saksikan koleksi Tomei Raya 'Keepsakes: Written In Gold' secara lebih dekat hari ini sehingga 2 Mac 2025, bertempat di Suria KLCC, Aras Concourse
Nikmati tawaran eksklusif, dan dengan setiap pembelian, anda akan menerima sampul raya Tomei berwajah baru, yang menjadikan persiapan perayaan anda lebih istimewa.
Semarakkan Aidilfitri tahun ini dengan Tomei, miliki barang kemas yang direka penuh gaya dan makna yang menggabungkan elemen tradisi dan moden.
Dengan membawa slogan "Unspoken Words, Written in Gold," Tomei mengajak anda untuk menghidupkan dan mengingat kembali tradisi Raya. Dengan Tomei, setiap perhiasan penuh bermakna dan penuh dengan cerita.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Tomei di https://etomei.com/ dan lawati media sosial mereka di Instagram @tomeiofficial atau Facebook mytomei.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment