Tular Di TikTok Video Cara Driver Myvi Lari Dari Bayar Tol Cetus Bualan & Kecaman Ramai
Berani betul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semua pengguna jalan raya di Malaysia sedia maklum bahawa kita mestilah membayar tol untuk menuju ke mana-mana destinasi
Tidak kiralah jika bayaran itu dibuat secara tunai, Touch 'n Go atau menggunakan SmartTag, kita tetap perlu membayar tol mengikut saiz kenderaan yang ditetapkan.
Namun, tular baru-baru ini sebuah rakaman memaparkan Perodua Myvi kantoi lari daripada membayar tol mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba 'cilok' di lane paling hujung semata-mata mengelak tak nak bayar tol
Menerusi video perkongsian daripada @sibuta_dari_gua_hantu, kelihatan pemandu Myvi itu meluru masuk ke laluan tol paling hujung.
Apa yang membuatkan ramai tidak sangka adalah cara pemandu itu meloloskan diri daripada membayar tol dengan mencilok keretanya di tepi palang tol tersebut dengan laju seolah-olah dia sudah biasa melakukannya.
"Ni cara paling ekstrem sekali aku pernah jumpa orang lari bayar tol," katanya.
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
"Tak payah pakai kereta la bang kalau kedekut. Naik moto je, tol free" - Netizen
Susulan tularnya rakaman video berkenaan yang kini telah mencecah 451.6K views, 26.7K likes dan 1.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram terhadap pemandu Myvi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Image via @sibuta_dari_gua_hantu (TikTok)
Kalau dah kena tangkap, baru dia menggelupur agaknya. Jangan buat macam ni ya guys!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment