Tular Video Speaking Dengan Anak, Ramai Terpegun Dengar Accent Mak Cik Indonesia Ini
Power mak cik ni speaking!
Sejak kecil lagi, kebanyakan daripada kita sudah diajar untuk bercakap bahasa Inggeris oleh ibu bapa
Kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan bagi kita. Malah, kalau dapat bercakap menggunakan British accent lagilah seronok.
Tular sebuah video memaparkan seorang mak cik dari Indonesia speaking dengan anaknya di sawah padi ini telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ramai terpegun dengan accent English mak cik tudung coklat
Menerusi video yang dimuat naik oleh @a5rihartanti, kelihatan mak cik itu sedang berehat di sawah padi bersama anaknya.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia mula bertutur dalam bahasa Inggeris sambil membuat daily vlog dengan anaknya itu.
Lebih membuatkan ramai terpegun adalah accent Englishnya bukan biasa-biasa. Dia bercakap dengan sangat lancar dan persis seperti orang luar negara. Secara tidak langsung, dia mengajar anaknya untuk bercakap bahasa Inggeris dari kecil.
Image via @a5rihartanti (TikTok)
"Ya Allah bestnya accent dia. Amazing mom" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini sudah mencecah 8.4M tontonan, 1M tanda suka serta 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun dan memuji cara mak cik itu speaking.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @a5rihartanti (TikTok)
Image via @a5rihartanti (TikTok)
Image via @a5rihartanti (TikTok)
Sekali dengar macam Mat Salleh yang cakap. Terbaiklah mak cik!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment