Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

TV AlHijrah Lancar Program Terbaharu 'PERCUMA JER' Mulai 1 Februari Ini

Penonton bakal berpeluang menerima sampel barangan percuma ketika program berkenaan ditayangkan.

Cover image via TVAlhijrah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, TV AlHijrah melancarkan program yang diberi nama PERCUMA JER bermula 1 Februari akan datang!

Dengan menitikberatkan kepada Teras Kesejahteraan Insan program tersebut adalah suatu inisiatif untuk memperkasa kemampanan ekonomi Islam, sambil menyumbang kepada kebajikan sosial dan perpaduan ummah.

Untuk pengetahuan anda, PERCUMA JER adalah sebuah program yang pertama kali seumpamanya di Malaysia yang memberikan demonstrasi, promosi serta yang paling utama adalah sampel barangan percuma kepada penonton TV AlHijrah.

Dijadualkan untuk bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6 hingga 7 petang mulai 1 Februari depan, program PERCUMA JER merupakan hasil kolaborasi antara TV AlHijrah dan Pasak Sdn. Bhd.

Program ini juga membawa konsep baharu dan inovatif dalam pemasaran produk di kaca televisyen, yang menjadi yang pertama kali seumpamanya di Malaysia. Ini melibatkan demonstrasi, promosi, dan yang paling utama, pemberian sampel barangan secara percuma kepada penonton TV AlHijrah.

Image via TVAlhijrah (Facebook)

Terdapat lebih daripada 400 barangan sampel percuma pelbagai jenis bakal ditawarkan kepada penonton TV AlHijrah

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, menerusi PERCUMA JER penonton berpeluang untuk mengurangkan risiko ketidakadilan, penipuan, penindasan dalam aktiviti perekonomian jual beli. Ini kerana, mereka berpeluang untuk menerima sampel barangan tersebut dahulu secara percuma, seterusnya membuat keputusan tepat untuk proses jual beli selanjutnya.

"Saya percaya, proses pemberian sampel barangan secara percuma ini membantu para pembeli untuk membuat pembelian bijak.

"Secara tidak langsung, etika Islam dalam jual beli dapat dijaga dan dicapai. Dengan itu, kebajikan pelanggan dan pengguna terjamin dalam kontrak jual beli,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed.

Image via TVAlhijrah (Facebook)

Image via TVAlhijrah (Facebook)

Para penonton boleh mendapatkan barangan sampel percuma di dalam rancangan PERCUMA JER hanya dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah:

1) Tonton rancangan PERCUMA JER yang akan disiarkan pada setiap Isnin- Khamis, jam 6-7 petang, bermula 1 Februari 2024 akan datang.

2) Para penonton perlu memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau Google Play Store.

3) Imbas kod QR untuk memiliki barangan sampel yang dikehendaki.

4) Barangan sampel akan dihantar menggunakan syarikat kurier nasional dan penonton akan menerima barangan sampel tersebut daripada pemilik produk.

Untuk rekod, program PERCUMA JER ini akan dihoskan oleh hos dalaman TV AlHijrah iaitu Hanan Abdul Rahman, Ola Nordin dan Dewita Susila menawarkan lebih daripada 400 barangan sampel pelbagai jenis seperti barangan makanan, produk kecantikan dan kesihatan, barangan IT dan pelbagai lagi barangan sampel lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment