UNIQLO Jawab Isu Dakwaan Tempat Kerja 'Toksik' Selepas Dibanjiri Komen Pekerjanya Di IG
Rata-rata komen tersebut menggambarkan gambaran yang membimbangkan tentang budaya kerja dalaman UNIQLO Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
UNIQLO Malaysia telah mengeluarkan kenyataan ringkas kepada SEISMIK susulan komen daripada pekerja semasa dan bekas pekerja pada satu hantaran rasmi Instagram, yang mendakwa persekitaran tempat kerja yang toksik
Komen-komen tersebut telah dimuat naik dalam satu posting pada 17 Januari, yang bertujuan untuk mempromosikan jualan Tahun Baharu Cina.
Walau bagaimanapun, posting tersebut menjadi platform untuk kakitangan semasa dan bekas kakitangan menyuarakan rungutan tentang layanan yang tidak adil, dakwaan pilih kasih, dan isu berkaitan keseimbangan kerja-kehidupan.
Image via @uniqlomyofficial (Instagram)
Ada menggambarkan tindakan disiplin yang tidak adil dan kekurangan empati daripada pihak pengurusan. Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah dibanjiri dengan hampir 3,400 komen
Seorang pekerja menceritakan bagaimana mereka telah memaklumkan pengurus kanan mereka tentang cuti tahunan mereka tiga bulan lebih awal, tetapi telah "ditolak" seminggu sebelum waktu cuti yang dijadualkan.
Walaupun telah membeli tiket penerbangan, pekerja tersebut mendakwa mereka dipersalahkan atas permohonan cuti saat akhir dan dituduh tidak bertimbang rasa terhadap para pekerja lain.
Kakitangan tersebut seterusnya mengkritik jabatan sumber manusia syarikat, mendakwa mereka lebih mengutamakan melindungi syarikat daripada mendengar masalah pekerja.
Image via Ipoh Parade
"HR mencurigakan. Mereka tidak pernah mendengar cakap anda. Mereka akan cari jalan untuk menyalahkan anda," kata mereka yang menggambarkan pengalaman bekerja di syarikat pakaian itu sebagai senario "gaslighting".
Seorang lagi pekerja berkongsi rasa kecewa mereka atas amaran yang diterima selepas motosikal mereka rosak dalam perjalanan ke tempat kerja. Walaupun telah memaklumkan penyelia mereka terlebih dahulu, mereka tetap ditegur kerana lewat.
"Dalam bahagian surat amaran lisan, saya tulis yang lain kali, sebelum pergi kerja, saya akan tanya motosikal saya sama ada ia mahu rosak atau tidak supaya saya tidak lewat," komen mereka secara sinis, menggariskan beberapa tindakan disiplin yang tidak adil telah mereka hadapi sepanjang tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat itu.
Dakwaan yang lebih membimbangkan timbul apabila seorang lagi pekerja mendedahkan satu insiden di mana pengurus mereka didakwa menghubungi sebuah klinik untuk bertanyakan tentang butiran lawatan perubatan mereka.
"Kenapa anda padam komen saya yang menyatakan pengurus anda menghubungi klinik?" tanya pekerja itu dan menuduh syarikat tersebut cuba menutup tindakan pengurusan mereka.
Image via The Exchange TRX
Seorang lagi pekerja menceritakan bagaimana dia digelar "berlagak" pada hari kedua bekerja hanya kerana meminta untuk duduk selepas berdiri untuk tempoh yang lama.
Aduan selanjutnya melibatkan hal peribadi iaitu cuti kecemasan yang diabaikan oleh pihak pengurusan.
Seorang pekerja mendakwa dia tidak dapat mengambil cuti kecemasan apabila kereta pasangannya rosak, walaupun telah memaklumkan kepada penyelianya lebih awal. Katanya, dia masih tetap dihukum kerana lewat dan menimbulkan persoalan tentang ketidakfleksibelan dan kekurangan empati dalam syarikat.
"Walaupun telah berkomunikasi lebih awal dan menjelaskan situasi, saya masih akan dapat surat peringatan kerana lewat? Apa gunanya berkomunikasi jika saya tetap dihukum?" luah mereka.
Sebagai respons terhadap dakwaan tersebut, UNIQLO Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan dan mengakui kebimbangan yang dibangkitkan oleh para pekerjanya
"UNIQLO komited untuk memastikan tempat kerja yang adil, telus, dan saling menghormati untuk semua pekerja. Kami mengambil serius sebarang maklum balas yang kami terima daripada pekerja," kata kenyataan itu.
Apabila ditanya untuk penjelasan lanjut, seorang individu PR kanan memberitahu SEISMIK bahawa UNIQLO "menyedari perkara tersebut dan sedang berhubung dengan klien mengenai perkara ini".
Setakat ini, tiada langkah khusus daripada UNIQLO untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam komen berkenaan.
SEISMIK akan terus mengikuti rapat isu ini dan akan memaklumkannya jika mempunyai perkembangan terbaharu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment