Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] 4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek '3 Sekawan' Pada Hari Malaysia Ini

Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-59 tahun!

Cover image via REV Media Group (YouTube)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang bulan Ogos setiap tahun, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia pasti terserlah sempena Hari Kebangsaan

Semangat patriotisme itu kemudian berpanjangan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Bagi mengekalkan momentum tersebut, Media Prima Berhad membawakan filem pendek ‘3 Sekawan’ yang mengisahkan tentang tiga kanak-kanak yang mencari maksud kemerdekaan sebenar.

Anda boleh saksikan treler filem ini di bawah:

4 sebab anda perlu tonton '3 Sekawan' ini

Filem pendek ini menceritakan kisah tiga sekawan iaitu Faiz, Ah Chong dan Danish yang bersatu semula di kampung mereka untuk menyambut Hari Kebangsaan.

Setelah melaksanakan rancangan nakal mereka yang menjanjikan kebebasan untuk segala-galanya, keadaan huru-hara melanda kampung mereka, dan mereka perlu mengatur langkah untuk memulihkan keadaan.

1. Inspirasi daripada peristiwa sebenar

Image via Media Prima Berhad (Provided to SAYS Seismik)

Menurut pengarah ‘3 Sekawan’, Izuan Mokhtar, semua peristiwa huru-hara yang dipaparkan dalam filem pendek ini adalah berdasarkan peristiwa benar.

Semasa proses sumbang saran, Izuan menceritakan bahawa salah seorang penulis telah berkongsi pengalaman yang dilaluinya sewaktu dia masih kecil, sama seperti jalan cerita ‘3 sekawan’.

Izuan dan seluruh ahli kumpulan penulis amat tertarik dengan cadangan itu sehinggakan mereka membuat keputusan untuk menggunakan pengalaman penulis tersebut sebagai asas kepada kisah ‘3 Sekawan’.

2. Kampung tulen & haiwan asli

Image via Media Prima Berhad (Provided to SAYS Seismik)

Untuk memperlihatkan realiti yang sebenar, Izuan mendedahkan bahawa syarikat produksi, Zeel Production Sdn Bhd, telah menjalankan penggambaran bagi keseluruhan filem itu di sebuah kampung sebenar di Perlis.

Pemandangan menakjubkan termasuk kemegahan bukit-bukau yang menghijau serta ketenangan tasik mewarnai latar tempat bagi filem ini, dan semua haiwan ternakan yang anda lihat dalam ‘3 Sekawan’ ini adalah haiwan sebenar.

Izuan berkongsi cerita tentang bagaimana beberapa ahli kru ditugaskan untuk ‘mengembala’ lembu, ayam, burung dan angsa yang membuat penampilan khas dalam filem pendek ini.

Apabila tiba masanya untuk memulakan rakaman, haiwan-haiwan tersebut akan dikumpulkan bersama, dilepaskan dan dibiarkan berkeliaran sebelum dikumpulkan semula selepas selesainya sesi penggambaran.

3. Dibintangi barisan pelakon terkenal Malaysia

Image via Media Prima Berhad (Provided to SAYS Seismik)

Selain daripada tiga kanak-kanak comel dan sangat berbakat yang memainkan watak utama iaitu Ummar Shakur sebagai Faiz, Camans Kong sebagai Chong, dan Rudtra a/l Manivanan sebagai Danush, ‘3 Sekawan’ turut dibintangi barisan pelakon terkenal Malaysia seperti Dato’ Rahim Razali (Sarjan Rahim), Kazar Saisi (Tok Wan), Redza Rosli (Fikri), Sherry Ibrahim (Shiha), Mandy Chong (Mei Ling) dan Sathiya (Muthu).

4. Tonton secara percuma!

Image via Media Prima Berhad (Provided to SAYS Seismik)

Filem pendek ini akan disiarkan bagi tontonan percuma. Anda boleh saksikan ‘3 Sekawan’ pada Hari Malaysia, 16 September, di TV3 pada jam 9 malam, TV9 pada jam 8.15 malam, DIDIKTV KPM pada jam 9.30 pagi dan 8TV pada jam 11.45 malam.

Anda juga boleh menstrimnya dalam talian di tonton!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik yang lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment