Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Abang foodpanda Buat Hal Lagi, Kali Ini 'Langgar' Majlis Rasmi Datuk Bandar Pula

Nasib baik Datuk Bandar pun melayan.

Cover image via @emychachacha (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerjaan sebagai penghantar makanan sebenarnya bukanlah semudah yang disangka, banyak juga rintangan yang rider-rider di luar sana lalui

Antaranya seperti berjumpa dengan pelanggan cerewet, berpanas dan berhujan ketika dalam perjalanan untuk menghantar makanan yang dipesan pada waktu yang ditetapkan dan macam-macam lagi.

Namun, jika kita seronok melakukan sesuatu pekerjaan tersebut pasti itu semua tidak menjadi masalah besar pun kan?

Lain pula dengan seorang rider foodpanda yang kian popular di laman TikTok ini apabila dia menerjah sebuah majlis perasmian telah mencuit hati ramai.

Image via @emychachacha (TikTok)

Image via @emychachacha (TikTok)

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emychachacha, kelihatan rider itu sedang bertugas di sebuah kawasan yang kebetulan terdapat majlis perasmian oleh Datuk Bandar.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia dilihat dengan selamba menerjah di tengah-tengah orang ramai dan berjumpa sendiri dengan Datuk Bandar untuk merasmikan majlis itu bersama-sama.

Datuk Bandar yang pada mulanya nampak terkejut dan kekok bagaimanapun melayankan saja permintaan rider tersebut untuk memotong ribbon dengannya.

Image via @emychachacha (TikTok)

"Macam tu je dia crash party" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 469.1K tontonan, 45.1K tanda suka serta 472 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat rider foodpanda itu.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Image via @emychachacha (TikTok)

Image via @emychachacha (TikTok)

Image via @emychachacha (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Confident level dia memang tinggi, memang tak segan langsung ya :D

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment