[VIDEO] "Alamak Malunya Dik!" - Tersalah Peluk Mak, Muka Confuse Budak Ini Curi Tumpuan
Comel je dia siap pandang camera dulu macam tak percaya tersilap mak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pernah tak masa kecil dulu anda tersilap pegang atau peluk mak dekat tempat awam?
Situasi itu pasti memalukan dan akan kita ingat sampailah ke dewasa. Tetapi, itu semua kenangan semasa kecil yang sangat berharga.
Sama seperti apa yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki baru-baru ini apabila dia tersalah pergi ke orang lain yang disangka ibunya sendiri mencuri tumpuan netizen di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gara-gara takut patung maskot, lari tak cukup tanah sampai terpeluk mak orang lain
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ecah9933, kelihatan dia sedang merakam gelagat anaknya yang tersalah pergi dan peluk orang lain yang disangka ibunya.
Namun apa yang menghiburkan adalah apabila ibunya merakam sambil memanggil anaknya, kanak-kanak lelaki itu memandang ke arah kamera dan melihat semula wanita yang dipeluknya itu dengan muka confuse.
Apabila tersedar yang dia tersilap orang, si kecil itu pantas berlari ke arah ibunya dengan reaksi muka cuak seperti menahan malu.
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
"Adik salah mak takpa jangan ayah salah mak. Haha akak tu pun layankan je" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 90.8K tanda suka dan 1.5K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu yang malu selepas tersilap orang.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sama semasa mereka masih kecil iaitu terpeluk dan tersalah pegang tangan orang lain.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Image via @ecah9933 (TikTok)
Comel je muka dia masa terkejut salah mak tu, yang penting pandai cover malu dik :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment