[VIDEO] Anak Jatuh Terbalik Atas Lantai, Isteri Bengang Suami Masih Sambung Main Game
Bapak jenis apa macam ni.
Memiliki anak memang akan menceriakan lagi suasana di rumah
Ibu ayah mana yang tidak suka akan kehadiran anak-anak comel yang menjadi penghibur hari mereka. Namun, realitinya ada juga segelintir ibu ayah yang tidak mengendahkan anak-anak.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Facebook apabila seorang ayah dilihat seronok main game sehingga tidak perasan anaknya jatuh tertonggeng telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak jatuh tertonggeng, ayah masih sibuk main game
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang memaparkan situasi seorang ayah dengan anaknya di ruang tamu.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila si anak dilihat jatuh terbalik ke atas lantai. Namun, ayahnya dilihat masih sambung main game tanpa menyelamatkan anaknya.
Ibunya itu dilihat berlari untuk menyelamatkan anaknya sambil menggelengkan kepala kerana hairan dan tergamam dengan sikap suaminya itu.
Image via Lilyn Goh (Facebook)
"Lelaki macam ni nanti kalau dah tua, jangan suruh anak jaga. Suruh telefon tu jaga" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4K tanda suka, 3K komen dan 13K perkongsian di Facebook, rata-rata netizen turut berang dan merasa marah.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Lilyn Goh (Facebook)
Image via Lilyn Goh (Facebook)
Image via Lilyn Goh (Facebook)
Tak berhati perut langsung, macam tak sayang anak!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment