[VIDEO] Bumbung Bas Double Decker 'Tersangkut' Bawah Jambatan Ini Jadi Bualan Ramai
Driver terlupa ke?
Semua sedia maklum bahawa setiap terowong di bawah jambatan mempunyai had ketinggian yang tertentu
Kebiasaannya terowong ini akan meletakkan papan tanda had ketinggian bagi mengelakkan kenderaan tersangkut. Menjadi suatu tanggungjawab untuk pemandu untuk peka dengan had ketinggian yang dibawa.
Namun, baru-baru ini tular di laman sosial TikTok apabila sebuah bas double decker tersangkut di bawah jambatan akibat ketinggiannya yang melebihi 3.7 meter telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kemungkinan pemandu bas terlupa dia memandu bas double decker
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sukhpatwari_, kelihatan dia menunjukkan situasi sebuah bas tersangkut bawah jambatan di Jalan Pudu.
Situasi itu mencetuskan perbualan netizen. Ada yang beri pendapat kemungkinan sebelum ini pemandu itu memandu bas satu tingkat. Disebabkan itu, dia berani memandu di jalan tersebut.
Namun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan pemandu bas itu harus peka dengan had ketinggian bas yang dibawa.
Image via @sukhpatwari_ (TikTok)
Image via @sukhpatwari_ (TikTok)
"Kes dulu datang kembali. Dulu banyak bas Rapid lalu bawah tu, kes excited bawa double decker sampai tak tengok ketinggian." - Netizen
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 1.1M views, 31.8K likes dan 828 comments di TikTok. Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka tentang insiden yang berlaku.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @sukhpatwari_ (TikTok)
Image via @sukhpatwari_ (TikTok)
Image via @sukhpatwari_ (TikTok)
Image via @sukhpatwari_ (TikTok)
Harapnya selepas insiden ini, pemandu bas itu lebih peka dan berhati-hati!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment