[VIDEO] "Bukan Mainan" - Wanita Terkejut Jumpa Ular Sawa Semasa Beli-Belah Di Pasar Raya
Perkara itu terjadi di sebuah pasar raya yang terletak di Australia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Membeli-belah di pasar raya telah menjadi rutin mingguan atau bulanan kepada rata-rata orang
Kadangkala, kita sampai menghabiskan masa berjam-jam untuk membeli barang keperluan dan barang basah sebagai menambah stok di rumah. Tidak dinafikan, kita juga sering mengambil masa yang lama untuk memilih barang dengan teliti terutamanya bahagian rempah ratus.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seekor ular sawa yang dikesan di bahagian botol-botol rempah di sebuah pasar raya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Muncul ular sawa yang panjang melingkari bahagian botol-botol rempah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @helainaalati di laman Instagramnya, kelihatan dia sedang membeli-belah di sebuah pasar raya yang berada di Australia.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia terjumpa seekor ular sawa di bahagian rempah ratus. Perkara itu sama sekali tidak membuatkan dia cemas lantas dia merakam ular itu dari jauh.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia juga bertindak untuk menangkap ular tersebut dan dimasukkan ke dalam guni. Setelah itu, dia diihat melepaskan ular tersebut di kawasan hutan pada akhir video.
Image via @helainaalati (Instagram)
Image via @helainaalati (Instagram)
"Well done, great job! Kalau aku memang dah cemas" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjuan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan teruja atas tindakannya itu. Malah, ramai yang memuji keberanian wanita itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 213K tontonan, 583 tanda suka dan 51 komen di Instagram.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Image via @helainaalati (Instagram)
Image via @helainaalati (Instagram)
Image via @helainaalati (Instagram)
Fuhh berani gila, kalau kita mesti dah lari lintang pukang! :/
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment