[VIDEO] Dapat Order Pukul 10 Malam, Rider Terkejut Tengok Rumah Kosong & Jalan Menyeramkan
Hantu pun pandai order.
Menjadi seorang rider pasti pernah mengalami pengalaman seram bukan?
Iyalah, bila dapat order pastinya kita akan hanya bergantung kepada aplikasi Waze atau Google Maps sahaja untuk sampai ke lokasinya.
Tetapi kadangkala, aplikasi itu pula tidak betul dan membawa ke tempat-tempat menyeramkan betul tak?
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial, apabila seorang rider berkongsi kisah ketika mendapat pesanan pada pukul 10 malam. Namun, lokasi untuk menghantar makanan pula membuatkan ramai berasa seram.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dapat order pukul 10 malam, bila sampai rumah kosong tak ada orang
Menerusi perkongsian berkenaan, kelihatan seorang rider berkongsi kisah ketika dia mendapat pesanan kira-kira pada pukul 10 malam.
Situasi menjadi seram apabila dia mengikut waze tetapi aplikasi itu membawanya ke sebuah rumah kosong. Malah, tempatnya juga sunyi dan gelap membuatkan dia berasa seram.
Melihat kepada situasi itu membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah yang memesan makanan pada waktu tersebut. Malah, melalui pengalaman rider yang lepas mereka juga pernah mengalami situasi yang sama.
Image via @aemieruls_ (Twitter)
Image via @aemieruls_ (Twitter)
"Kesian hantu tu lapar bang. Nak keluar beli makanan takut orang lari. Itu yang order dari foodpanda tu" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 147.1K views, 606 retweets dan 1,542 likes di Twitter.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa seram dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via @aemieruls_ (Twitter)
Image via @aemieruls_ (Twitter)
Image via @aemieruls_ (Twitter)
Image via @aemieruls_ (Twitter)
Hantu sekarang hantu moden. Siap pakai phone okay! :P
Image via Thecut
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment