[VIDEO] Gadis Ini Nekad Bakar Hantaran Lepas Dapat Tahu Tunang Kahwin Dengan Orang Lain
Beratnya dugaan dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Benarlah kata orang, dugaan bertunang sangat berat dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi
Setiap pasangan yang sudah mengikat tali pertunangan sudah tentu ingin mempercepatkan urusan mendirikan masjid kerana tidak tahan dengan dugaan bertunang yang kuat.
Akan tetapi, kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Alangkah sedihnya jika hubungan yang hampir menuju ke jenjang pelamin terputus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.
Begitulah kisah sedih seorang wanita ini apabila videonya tular di TikTok selepas tindakannya membakar barangan hantaran mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Hancur hati bila tunang sendiri rupa-rupanya curang dan kahwin dengan perempuan lain
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Menerusi rakaman yang dikongsi oleh @dewi_ssartika dengan kapsyen “memaafkan sudah aku lakukan tapi goresan di hati takkan pernah hilang”, kelihatan dia tekad membakar semua hantaran kahwinnya akibat kecewa selepas mendapat tahu tunangnya berkahwin dengan orang lain.
Dewi yang terlalu kecewa tidak dapat menahan air mata dan berkata bukan saja hatinya yang hancur, malah seluruh keluarga juga kecewa terutama ibunya yang selama ini membesarkannya tanpa seorang ayah.
Lihat video penuh sambungan di bawah:
"Semoga awak kuat, semua ada hikmah. Allah akan berikan jodoh yang terbaik untuk awak" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 10.8M tontonan, 696.5K tanda suka serta 5,549 perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut merasa simpati terhadap Dewi dan mereka memberikan kata-kata semangat buatnya supaya terus tabah dengan ujian yang menimpanya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Image via @dewi_ssartika (TikTok)
Semoga sis kuat dan jumpa lelaki yang lebih baik satu hari nanti. He don't deserve you! :')
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment