[VIDEO] Garuda Indonesia Perkenal Seragam Baru Krew Kabin Dari Tekstil Tenun, Cantiknya!
Pilihan warna yang begitu menarik!
Setiap syarikat penerbangan pastinya mempunyai pakaian seragam yang direka khas untuk melambangkan identiti negara tersebut
Image via Google
Image via Maryhop
Image via China Aviation Daily
Tidak kiralah negara apa pun, pakaian seragam yang digayakan oleh pramugari dan pramugara haruslah bersesuaian bagi membolehkan mereka menjalankan tugas keselamatan dalam tempoh dikhususkan.
Pada 16 Oktober 2019, Garuda Indonesia iaitu syarikat penerbangan Indonesia telah memperkenalkan baju seragam terbaru yang ditenun
Pihak Garuda Airlines menjelaskan, "Kami dengan bangga memperkenalkan kepada anda Pakaian Eksklusif baru untuk pakaian seragam Krew kami yang bertemakan: Puspa Nusantara. Direka oleh Didiet Maulana dari IKAT Indonesia, pakaian ini dibuat dari tekstil "Tenun" yang dibuat oleh masyarakat setempat di Bali, Jogja dan banyak lagi."
Selain memberi pengalaman baru kepada penumpang Garuda Indonesia untuk melihatnya sendiri bagi penerbangan terpilih, pakaian eksklusif ini dibuat dengan semangat untuk menekankan tenun sebagai warisan Indonesia kepada dunia.
Puspa Nusantara untuk kru wanita diilhami oleh Kebaya Kartini dengan sentuhan budaya Peranakan dan Bali, sementara corak Tenun bunga mewakili cinta dan lengan melengkung diilhami oleh sayap Garuda Indonesia. Beskap sebagai salah satu pakaian tradisional Indonesia mengilhami pakaian lelaki eksklusif, sementara selendang itu diilhami oleh Cravat, pakaian lelaki ini juga merupakan gabungan antara gaya tradisional dan antarabangsa.
Pakaian seragam baharu ini boleh dapat dilihat sendiri oleh penumpang Garuda Indonesia melalui penerbangan tertentu bermula 18 Oktober 2019.
Terbaiklah rekaan Didiet Maulana kali ini!
Banyak lagi pakaian seragam yang cantik!
Hak sebagai penumpang jangan diabaikan!
Leave a comment