[VIDEO] Influencer Ini Terangkan Adab Bila Orang Belanja Kita Makan - "Jangan Sembelih"
Penting untuk tahu adab ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebanyakan orang Malaysia dikenali dengan sifat yang pemurah dan gemar membantu sesama sendiri
Namun, terdapat segelintir rakyat yang suka mengambil kesempatan terhadap orang yang mahu belanja atau mahu menolong.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, seorang influencer yang dikenali sebagai Wawa Idris berkongsi pengetahuan tentang adab sekiranya dibelanja makan.
“Kita jangan order menu yang lagi mahal daripada orang yang belanja itu. Contoh, orang itu order set nasi goreng cili padi, tapi korang pula pergi order steak,” jelasnya.
Image via @wawa.idris (TikTok)
Ucap terima kasih walaupun orang tersebut suami kita
Dia juga berpendapat bahawa penting untuk kita mempraktikkan sikap atau konsep 'tidak kisah' terhadap pilihan makanan seseorang.
Walaupun individu tersebut adalah suami sendiri, kita masih perlu mengucapkan terima kasih dan perkara itu tidak salah.
“Macam saya sendiri walaupun suami saya belanja, saya tetap kata ‘terima kasih’ dan tak salah untuk kita belanja orang yang lebih berduit.
“Saya dulu kadang-kadang belanja bos saya, tak usah fikir ‘ala kau kaya kot kenapa aku nak belanja’. Jadi ingat jangan ‘sembelih’ orang yang belanja kita,” katanya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Haa, kena amalkan tau takut nanti kena kata mak ayah tak ajar pula :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment