[VIDEO] Lelaki Ini Diajak Naik Pentas Untuk Buat Konsert, Tapi Akhirnya Lain Pula Jadi!
Sekali dia nyanyi. Amik kau!
Pasti akan timbul perasaan malu jika kita tiba-tiba dipanggil ke atas pentas untuk bercakap sesuatu bukan?
Macam-macam perasaan akan timbul apabila berada di atas pentas seperti malu, tidak yakin dan ada juga yang sampai tergagap ketika buat ucapan.
Bukan semua orang boleh yakin ketika berada di atas pentas, malah ada sesetengah penyanyi pun masih merasa gementar apabila mereka ingin membuat persembahan.
Namun, lain pula dengan seorang lelaki ini apabila videonya tular di Twitter kerana gelagatnya di atas pentas mencuri tumpuan ramai.
Image via Careta
Terus hilang rasa malu bila pengacara bagi mikrofon
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan kelihatan dipanggil di atas pentas oleh pengacara untuk menyambung lagu raya.
Pada mulanya lelaki tersebut dilihat seperti malu-malu ketika dipanggi oleh pengacara terbabit, tetapi dia kemudian berubah sekelip mata dan terus hilang rasa malu selepas mikrofon daripada pengacara tersebut.
Lihat video penuh ini:
Menyanyi siap berjoget dah macam artis buat show
Apa yang lebih menghiburkan, lelaki berkenaan dilihat langsung tidak kekok ketika menyanyikan lagu itu dan siap menari lagi.
Ditambah pula dengan sorakan daripada rakan-rakannya membuatkan lelaki itu seperti lupa diri dan meneruskan nyanyian tersebut tanpa menghiraukan sesiapa.
Malah, ketika pengacara itu mahu mengambil kembali mikrofon daripadanya, dia melarikan diri kerana masih belum puas menyanyi.
"Lirik berterabur takpe, ni perangai ajak pergi bungee jumping dia terjun dulu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki berkenaan yang selamba berjoget di atas pentas.
Malah, ada juga yang merindukan suasana hari raya seperti dulu sebelum berlakunya pandemik Covid-19. Difahamkan video tersebut diambil pada tahun 2016 dan dimuat naik semula sehingga menjadi viral.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 129.9K views, 5.7K retweets dan 6.8K likes.
Terus kalah artis buat persembahan gaya dia. Kelakar betul lah :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment