[VIDEO] Mat Salleh Fasih Berbahasa Melayu Masa Pesan Makanan Dekat Warung Ini Raih Pujian
Impressive!
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia
Ia juga merupakan bahasa ibunda kepada orang Melayu, jadi sudah tentu ia merupakan medium komunikasi antara satu sama lain. Kita sering tertarik dengan pelancong atau orang luar negara yang cuba berbahasa Melayu bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang Mat Salleh memesan makanan dengan menggunakan bahasa Melayu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pesan dua pinggan Nasi Lemak dekat kaunter
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang Mat Salleh sedang merakam dirinya memesan makanan di sebuah kedai Melayu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia fasih berbahasa Melayu semasa memesan Nasi Lemak dan kopi. Lebih mengagumkan lagi, dia siap menggunakan penjodoh bilangan seperti dua pinggan nasi dan dua cawan kopi semasa bercakap dengan peniaga di situ.
Image via @marl.boru (TikTok)
"I am amazed at the way you speak in Malay" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 446K tontonan, 39K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kefasihannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @marl.boru (TikTok)
Image via @marl.boru (TikTok)
Image via @marl.boru (TikTok)
Bagus effort dia nak cakap dalam bahasa Melayu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment