[VIDEO] Mekanik Pukul Anjing Guna Batang Besi Sampai Mati Kini Ditahan Pihak Polis
Dah la buat salah, pergi rakam pula tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis telah menahan seorang mekanik selepas tindakannya memukul anjing sehingga mati menggunakan batang besi tular di media sosial baru-baru ini
Menurut laporan Harian Metro, suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sebuah bengkel di Kampung Patikang semalam, 5 November.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Garai berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Keningau.
"Polis berjaya menahan suspek terbabit dan hasil soal siasat, suspek mengaku sebagai individu yang dirakam dalam kejadian berkenaan.
"Video itu dirakam rakan sekerja suspek pada 24 Oktober lalu di bengkel berkenaan dan suspek mengaku anjing berkenaan dibunuh," katanya.
Difahamkan, suspek direman pagi tadi hingga 9 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment