[VIDEO] Pengantin Alih Tangan Suami Sebab Takut 'Awning' Tudung Rosak Cuit Hati Netizen
"Elok-elok letak tangan, rosak tudung mau tak bercakap 50 bulan" - Netizen.
Sebut saja tentang pembatalan air sembahyang selepas akad nikah, pasti ada saja aksi lucu spontan pengantin yang mencuri perhatian ramai
Mana tidaknya, detik itu merupakan kali pertama mereka bersentuhan sebagai suami isteri yang sah dan diperhatikan pula oleh keluarga serta sanak saudara.
Sudah tentu masing-masing berasa malu dan gelabah apabila disuruh bersalaman dan mencium dahi isteri.
Namun lain pula dengan sepasang pengantin baru ini apabila gelagat spontan mereka tular di laman aplikasi TikTok beberapa hari lalu dan sekali gus mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Cepat-cepat alihkan tangan suami sebaik saja 'awning' tudung disentuh
Menerusi video yang berdurasi 39 saat itu, pengantin perempuan yang bernama Anieysah kelihatan tidak dapat menahan ketawa apabila suaminya meletakkan kesemua tapak tangan di atas kepalanya semasa jurufoto sedang mengambil gambar mereka.
Mungkin nervous kerana kali pertama, pengantin lelaki itu nampak agak kekok apabila diminta melafazkan doa sambil meletakkan tangan di atas ubun-ubun isterinya.
Oleh kerana risau 'awning' tudungnya akan kemik, dia dengan selamba mengalihkan tangan suaminya beberapa kali sebelum pengantin lelaki itu diajar cara yang betul oleh jurufoto.
Image via @anieysah97 (TikTok)
"Dia punya pegang mula-mula tu macam nak keluarkan saka" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video Anieysah telah mendapat 1.2 juta tontonan serta hampir 107,000 tanda suka di TikTok.
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mereka yang mencuit hati itu dan kebanyakannya menyokong tindakan Anieysah yang menjaga 'awning' tudungnya daripada kemik. Siapa je yang taknak kekal cantik semasa hari bahagia kan?
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Image via @anieysah97 (TikTok)
Orang lelaki yang nak kahwin tu kena take note siap-siap ya pasal benda ni :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment