[VIDEO] Pengantin Perempuan Ini Tiba-Tiba Histeria Lepas Lihat Bekas Kekasih Datang Majlis
Sampai macam tu sekali..
Bercakap mengenai soal jodoh, semuanya telah ditentukan oleh Tuhan untuk kita
Hubungan percintaan yang lama belum tentu menjamin akan berakhir ke jinjang pelamin. Ada sesetengahnya putus selepas beberapa tahun bercinta. Malah, ada juga yang disatukan dalam perkahwinan.
Namun, lain pula dengan perkara yang terjadi baru-baru ini apabila tular mengenai video seorang pengantin perempuan tiba-tiba histeria selepas melihat bekas kekasihnya hadir ke majlis kahwin tersebut.
Pengantin perempuan meraung dan menangis selepas melihat kelibat lelaki
Menurut laporan, kejadian tersebut yang berlaku di Indonesia menunjukkan pasangan pengantin sedang berada di atas pelamin dan sibuk melayan tetamu.
Tetapi, pengantin perempuan berkenaan tiba-tiba meraung dan menangis selepas melihat kelibat seorang lelaki membuatkan tetamu yang berada di situ panik.
Image via @naimazharrr (Twitter)
Rupa-rupanya ternampak bekas kekasih datang
Difahamkan, lelaki yang memakai kemeja berwarna hitam itu adalah bekas kekasih kepada pengantin perempuan tersebut.
Namun, setibanya lelaki berkenaan di atas pelamin untuk mengucapkan tahniah, wanita itu terus menjerit-jerit sehingga pengsan membuatkan lelaki terbabit terpaksa dibawa keluar.
Datang atas jemputan oleh pengantin perempuan sendiri
Menurut bekas kekasihnya itu, dia datang ke sana atas sebab dijemput sendiri oleh pengantin perempuan.
“Saya datang ke sana atas jemputan, saya hargai, Saya datang juga bersama dengan keluarganya pengantin perempuan. Niat saya baik datang ke sana.
“Malah saya rela datang dari Lombok Barat sampai Lombok Timur, demi melihat kedua mempelai bahagia tersenyum manis keluar dari bibirnya dan saya juga ikut senang jika dia senang atau bahagia,” katanya.
Lihat video penuh ini di bawah:
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai video berkenaan
Penangan ex sampai jadi macam ni ya :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment