Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Saiz Duit Malaysia Bernilai RM600 Paling Besar Di Dunia Pernah Dicetak Pada 2017

First time tengok, baru tahu pernah wujud!

Cover image via @saysseismik.ig (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, saiz duit Malaysia paling besar di dunia pernah dicetak pada tahun 2017?

Tular baru-baru ini sebuah video yang dimuat naik di TikTok @banknoteworld memaparkan sekeping duit kertas bernilai RM600 yang dipegang oleh seorang lelaki telah mencuri tumpuan ramai.

Image via @saysseismik.ig (Instagram)

Menurutnya, lebar duit tersebut berukuran 37cm dan panjangnya pula 22cm. Di bahagian depan duit itu pula terdapat wajah 15 orang raja Malaysia.

Menurut laporan Berita Harian, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan wang kertas itu sebagai peringatan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Ia adalah sebagai tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Image via @saysseismik.ig (Instagram)

Image via @saysseismik.ig (Instagram)

Wang kertas peringatan itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia

Menurut BNM, wang kertas peringatan itu dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu wang kertas sekeping RM600, wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan wang kertas sekeping RM60.

"Bagi wang kertas sekeping RM600, ia mempunyai nilai muka wang kertas bersaiz besar dan dijual pada harga jualan RM1,700 sekeping. Ia hanya dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

"Bagi wang kertas bercantum tiga dalam satu, nilai muka wang kertas ini ialah RM180 dengan harga jualan RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

"Bagi wang kertas sekeping RM60, nilai muka wang kertas sekeping ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping dengan hanya 60,000 keping sahaja dicetak. Semua harga yang dinyatakan sudah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST)," katanya.

Image via Berita Harian

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment