[VIDEO] "Semuanya Sedap Belaka" - Seismik Cuba Makanan Terkenal Di Negeri-Negeri Malaysia!
Makanan negeri mana yang paling sedap?
Artikel ini ditaja oleh foodpanda.
Umum sedia maklum, kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung telah mewujudkan variasi jenis makanan yang terdapat di negara kita ini
Makanan popular seperti nasi lemak, roti canai, nasi kandar, char kuetiau dan dimsum seperti yang kita tahu adalah menu terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan dimakan oleh semua orang.
Misalnya pada bulan puasa, bukan setakat orang Islam je yang datang mencari makanan tetapi pelbagai kaum lain juga datang ke bazar Ramadan untuk mendapat pelbagai jenis makanan dijual di situ.
Namun, di sebalik kepelbagaian makanan yang wujud di negara kita ini, pastinya terdapat makanan yang terkenal di setiap negeri di tanah air.
Oleh itu, apa kata kita tonton dulu video Seismik Cuba kali ini dalam merasai makanan yang terkenal di negeri-negeri Malaysia:
Sedap pula tengok Zaidi, Nandini, Raz dan Brenda cuba makanan dari negeri-negeri yang ada kat Malaysia ni.
Haa.. tunggu apa lagi? Anda pun boleh je order dan pick-up makanan dengan foodpanda macam Zaidi buat
Image via SEISMIK TV (YouTube)
Selamat menjamu selera & membuat pesanan di foodpanda!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment