[VIDEO] Struggle Ajar Sebut Huruf ‘S’, Murid Ini Menangis Lepas Tersilap Ingat Kena Marah
Why so cute?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai seorang guru terutamanya di peringkat sekolah rendah dan tadika, pasti pelbagai ragam anak murid yang dapat dilihat bukan?
Iyalah, mereka masih kecil dan memerlukan perhatian daripada guru yang menjadi pengganti ibu bapa mereka di sekolah. Malah, mereka juga lebih sensitif dan cepat menangis jika ditegur dengan cara yang salah.
Sama seperti sebuah video ini apabila seorang murid lelaki menangis semasa belajar menyebut huruf 'S' dengan cikgunya mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jenuh ajar sebut huruf 'S', sekali cikgu terjerit 'haippp!' terus meraung
Menerusi perkongsian video daripada @faizbismillah, kelihatan seorang murid lelaki sedang belajar menyebut huruf 'S' dengan cikgu tadikanya.
Namun, murid itu tidak dapat menyebut huruf itu dengan betul walaupun sudah diajar berulang kali. Dia yang masih pelat dilihat mencuba sedaya upaya menyebut 'S' namun tetap gagal.
Apa yang menghiburkan adalah apabila setiap kali si cikgu menyebut 'S' dan murid itu menyebut lain dari apa yang diajar, lama-kelamaan riak muka kanak-kanak lelaki itu nampak seperti sudah give up dan takut dimarahi oleh cikgunya.
Kemudian, cikgunya secara spontan terjerit "haippp!" dan cepat-cepat memujuk apabila murid itu terus meraung kerana salah faham dengan intonasi cikgunya.
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
"Haha kesian dia, maaf ya dik mak cik tergelak pulak. Semoga berjaya ya" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat 277.3K views, 18.5K likes dan 576 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi spontan kanak-kanak lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Image via @faizbismillah (TikTok)
Nampak effort dia nak sebut 'S' tu, takpa dik nanti lama-lama pandailah tu :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment