[VIDEO] Tular Rakaman Gadis Dirisik Di Kedai Makan, Bakal Kakak Ipar Sempat Bagi 'Amaran'
Sempoi je kakak ipar dia.
Setiap keluarga mempunyai adat sejak dulu lagi apabila melibatkan majlis merisik atau bertunang
Ada yang suka buat majlis meriah untuk merapatkan silaturahim bersama ahli keluarga. Ada juga yang lebih memilih untuk membuat kecik-kecilan saja.
Baru-baru ini, sebuah video di TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila seorang gadis dilamar di sebuah kedai makan.
Lihat video itu di bawah:
Sempoi sarung cincin di kedai makan, siap dapat ‘amaran’ daripada bakal kakak ipar
Menerusi video yang dikongsi oleh @aidadaud7, kelihatan gadis itu sedang berada di sebuah kedai makan bersama keluarganya dan keluarga bakal suaminya.
Apa yang mencuit hati adalah apabila bakal kakak ipar gadis itu selaku wakil dari keluarga untuk menyarungkan cincin sempat memberi sedikit amaran kepadanya.
”Kahwin elok-elok, gaduh aku rembat kau,” katanya. Ibu gadis itu juga seolah-olah menyokong apa yang dikatakan bakal kakak iparnya kemudian mereka sama-sama ketawa.
Image via @aidadaud7 (TikTok)
Image via @aidadaud7 (TikTok)
"Macam ni kan mudah. Sempoi je, semoga dipermudahkan kak" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia meraih 622.2K views, 40.7K likes dan 6K shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat keakraban mereka. Malah, ramai memuji cara gadis itu dirisik dengan cara yang sederhana.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @aidadaud7 (TikTok)
Image via @aidadaud7 (TikTok)
Image via @aidadaud7 (TikTok)
Mesti dah lama kenal, sebab tu bakal kakak ipar dia boleh bergurau sempoi macam tu :D
Leave a comment