Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rekaan Seluar Pendek Busana VietJet Air Menang Anugerah 'Busana Kabin Terbaik Asia 2018'

Memang stylo!

Cover image via Vietjet Air

Pernah tak anda lihat busana pramugari syarikat penerbangan tambang murah Vietnam iaitu Vietjet Air sebelum ini?

Image via airlineratings.com

Image via blogspot.com

Image via sanvere.com.vn

Dengan membawakan rekaan unik seluar pendek, busana Vietjet Air telah berjaya merangkul anugerah Busana Kabin Terbaik Asia 2018

Image via Vietjet Air

Anugerah ini telah dinobatkan di Majlis Gala Anugerah Perjalanan Asia yang dianjurkan oleh majalah NOW Travel Asia di Chengdu, China pada Rabu, 21 November 2018.

Keputusan dibuat berdasarkan undian pembaca dan penilaian panel hakim.

Image via Vietjet Air

Image via Vietjet Air

Busana Vietjet telah direka oleh seorang pereka fesyen dari Eropah yang mengambil inspirasi daripada uniform kadet tentera belia

Image via thanhniennews.com

Busana pramugari ini dilengkapi dengan kemeja merah, bow tie, seluar pendek perang bersama topi garrison yang sepadan, dan aksesori lain seperti sayap pesawat, lencana, tali pinggang coklat, dan sepasang kasut merah yang menyerlahkan lagi penampilan.

Manakala busana pramugara pula bukan sahaja nampak segak, tetapi mendatangkan imej dinamik dengan seluar hitam, kasut hitam, dan baju merah yang bergaya.

Image via Vietjet Air

VIetjet menggabungkan elemen moden dan tradisional ke dalam rekaan busana mereka yang melangkaui rangka seragam standard. Sentuhan unik ini melambangkan semangat muda Vietjet yang inovatif dan berinspirasi untuk menakluk awan.

Tahun lepas, Vietjet bersama Singapore Airlines, Air France, Air Serbia, dan Emirates turut dinobat sebagai syarikat penerbangan dengan krew kabin yang paling mesra dan menawan

Anugerah ini merupakan pengiktirafan daripada laman web gaya hidup dan pelancongan Kanada, vivalifestyleandtravel.com.

Image via Viva Lifestyle and Travel

Image via Viva Lifestyle and Travel

Upacara Gala Anugerah NOW Travel Asia yang diadakan sejak tahun 2012 telah mengiktiraf dan meraikan prestasi cemerlang penyedia perkhidmatan pelancongan di seluruh rantau Asia Pasifik.

Tahun ini, NOW Travel Asia meneruskan pengiktirafan industri pelancongan termasuk perkhidmatan mewah seperti hotel, pusat peranginan, vila dan lain-lain.

Image via Vietjet Air

Tahniah Vietjet Air. Semoga terus sukses! :D

Image via Vietjet Air

Vietjet Air sangat komited dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dengan membuka banyak laluan baru, menambah lebih banyak pesawat, dan melabur dalam teknologi moden, sambil menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan tambahan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mana satu pilihan hati?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment