Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

View Cantik & Bersejarah, Ini 7 Lokasi Unik Di Thailand Yang Sesuai Untuk Feed Instagram!

Best juga kalau dapat OOTD kat sini.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda seorang yang suka bergambar dan OOTD, pasti anda akan mencari lokasi yang cantik serta berbaloi untuk dikunjungi bukan?

Asia tenggara merupakan tempat yang dipenuhi dengan pelbagai sejarah dan keunikan tersendiri.

Seperti di Thailand, pelbagai lokasi pelancongan dan tapak bersejarah yang masih dipelihara oleh pihak kerajaan buat kunjungan para pelancong.

Tidak kurang juga dengan keaslian makanan mereka seperti Tom Yam dan Som Tam yang menjadi kegemaran buat masyarakat kita sehingga kini.

Alang-alang tu, jom kita lihat 7 lokasi di Negeri Gajah Putih yang cantik serta low budjet untuk dilawati:

1. The Grand Palace, Bangkok

Image via Go Guides

The Grand Palace merupakan antara lokasi yang wajib dikunjungi apabila tiba sahaja di Bangkok. Ia juga merupakan simbol dan contoh utama para arkitek dalam membina kuil di negara itu.

Terletak di tengah bandar kota, The Grand Palace juga dijadikan sebagai tempat untuk menyambut tetamu daripada negara luar dan juga tetamu kerajaan. Terdapat dua zon utama iaitu Kuil Emerald Buddha dan kediaman kerajaan.

Apabila tiba di sana, para pelancong dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan berwarna hitam putih sebagai tanda hormat kepada para raja-raja yang telah meninggal dunia.

2. Maeklong Railway Market, Bangkok

Image via TakeMeTour

Maeklong Rail Market merupakan pasar raya yang terletak di atas landasan kereta api Maeklong, Bangkok. Para peniaga di situ akan melipat khemah dan mengalihkan barang jualan mereka di saat kereta api sedang lalu.

Tidak perlu risau, kereta api yang melalui di landasan itu akan digerakkan dalam keadaan perlahan serta tidak membahayakan para peniaga dan pelancong berdekatan. Malah, anda juga dibenarkan untuk bergambar.

3. Thiptara, Bangkok

Image via THE PENINSULA HOTELS

Thiptara merupakan sebuah restoran yang terletak di tepi sungai Chao Phraya. Keunikan tempat ini adalah ia berhampiran dengan sebuah kampung yang mempunyai suasana klasik dan tradisional.

Malah, para pelancong juga akan disajikan dengan pemandang senja kota Bangkok yang menawan.

4. Magic Land, Bangkok

Image via DOSE OF LIFE

Magic Land atau lebih dikenali sebagai MSL Motorsports Land merupakan sebuah taman hiburan pertama di Thailand. Lokasi itu juga sering mendapat tarikan pelancong kerana banyak festival yang dianjurkan.

Selain itu, keunikan tempat ini adalah terdapat sebuah bangunan yang mirip seakan-akan istana Disney Land, California.

5. Royal Park Ratchapruek, Chiang Mai

Image via Tourism Authority of Thailand

Royal Park Ratchapruek adalah sebuah taman hortikultur yang terletak di Mae Hia, Chiang Mai.

Taman itu mula dikenali setelah mendapat gelaran Royal Flora Ratchapruek. Taman hortikultur berkelas dunia ini bertujuan untuk menyambut ulang tahun Raja Bhumibol yang ke-80 pada tahun 2006 yang lalu.

Jika anda berpeluang untuk melawat, terdapat dua lokasi yang strategik untuk bergambar iaitu di taman anggerik dan juga Royal Pavilion.

6. Doi Luang Chiang Dao, Chiang Mai

Image via JUSTGOLA

Jika anda seorang yang tertarik dengan alam semula jadi dan juga suka mendaki. Doi Luang Chiang Dao merupakan lokasi puncak gunung yang strategik dan cantik. Ia merupakan gunung ketiga tertinggi di Thailand.

Pastikan anda membawa khemah serta kerusi 'healing' bagi merasai kenikmatan udara segar puncak gunung yang berketinggian 2,225 meter dari aras laut.

7. Laem Phromthep, Phuket

Image via Impiana

Laem Phromthep merupakan tempat paling ikonik dan tersohor di Phuket. Lokasi itu merupakan kawasan rekreasi yang paling ramai dikunjungi kerana anda dapat melihat pemandangan sunset di laut Andaman.

Anda juga boleh melawati rumah api yang terletak di Laem Promthep berdekatan kawasan tepi laut itu. Dari atas rumah api tersebut, anda boleh melihat pemandang cantik Phuket secara 360 darjah.

Bukan sahaja boleh bercuti, nak healing pun boleh sebab pemandangannya cantik sangat! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment