Mek Yun Terima Pujian Ramai Bersedekah Di 5 Buah Masjid Di KL Walaupun Berbangsa Cina
Beauty with brain!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama Mekyun bukanlah lagi asing di media sosial dan pengguna media sosial semestinya mengenali pempengaruh yang berbangsa cina ini
Image via malaysiagazette.com
Mek Yun atau nama penuhnya Wee Yun Nee merupakan seorang yang berdarah Kelantan dan namanya mula mendapat perhatian ramai apabila dia sering memuat naik video aktiviti hariannya di media sosial sambil bercakap dengan loghat Kelantan sejak beberapa tahun yang lepas.
Bersempena bulan Ramadan ini, nampaknya Mek Yun tidak melepaskan peluang untuk berbagi rezeki dengan masyarakat Muslim di Malaysia
Dalam satu video yang dimuat naik Mek Yun baru-baru ini, dia memberitahu bahawa dia ingin bersedekah beberapa kotak kurma dan juga sedikit wang sumbangan kepada lima buah masjid di sekitar ibu kota.
"Tak kira bangsa & agama, jom kita memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan ni jugak okay? Selamat berpuasa korang! Nanti boleh lah buka kotak-kotak kurma Mekyun tu dan kongsi-kongsi time berbuka nanti ya," tulisnya di bahagian caption.
Netizen memuji tindakan Mek Yun tersebut dan rata-rata berasa bangga dengan apa yang diusahakan oleh pempengaruh tersebut
Image via Instagram @mekyunn
Image via Instagram @mekyunn
Untuk yang tidak tahu, Mek Yun sebelum ini telah dinobatkan sebagai IKON UTHM yang juga merupakan tempat belajarnya dahulu.
Antara pencapaian yang diperolehinya adalah; penerima anugerah Naib Canselor, Kelas Pertama (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik), dan anugerah dekan untuk setiap semester. Hebat kan Mek Yun ni?
Bukan itu sahaja, malah dia juga telah dianugerahkan sebagai 2024 BEST NATIONAL ENTERTAINMENT INFLUENCER di KNKV Viral Award pada bulan lalu.
Image via Instagram @mekyunn
Inilah yang kita panggil 'Beauty with brain'. Terbaiklah Mek Yun!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Menarik di SEISMIK:
Leave a comment