Wanita Berang Dapat Sambal Nasi Lemak Guna Sos Cili Di Bazar Ramadan, Kena Elak!
Em, terus tak ada mood nak makan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan sudah tentu menjimatkan masa dan tenaga
Bukan setakat itu, banyak pilihan yang ada. Senang untuk keluarga yang sibuk, tinggal bungkus dan makan saja di rumah.
Namun, baru-baru ini tular banyak makanan di bazar tidak kena dengan standard penjualan itu membuatkan ramai yang berang. Pernah viral makanan bazar seperti pulut panggang keras, popia keras dan sebagainya yang membuatkan pembeli kecewa dan menyesal.
Seorang wanita membeli nasi lemak di Bazar Ramadan Putra Perdana dan apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sambal nasi lemaknya itu sangat cair. Apabila digaul, sambal itu kelihatan seperti diperbuat daripada sos cili.
Image via @haeshwana (TikTok)
Tak berniat untuk tutup periuk nasi peniaga, cuma nak perubahan dalam masakan
Wanita itu juga memberitahu orang ramai yang nasi lemak itu dibeli di salah sebuah gerai di Bazar Ramadan Putra Perdana. Wanita itu sangat kecewa dan sedih mendapat makanan tak berbaloi.
"It’s only first week of bazaar ramadhan" tulisnya.
Image via @haeshwana (TikTok)
"Ingatkan pencicah keropok lekor" - Netizen
Susulan tularnya video itu, rata-rata netizen turut berang dengan peniaga yang menjual makanan sebegitu.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Image via @haeshwana (TikTok)
Image via @haeshwana (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Kepada para peniaga, kalau tak pandai masak, cuba belajar masak dulu baru meniaga :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment