Wanita Trauma Kena Bedah Di Tempat Luka Czer Gara-Gara Doktor Cuai Salah Pasang IUCD
Menurutnya, doktor berkenaan tidak memohon maaf selepas insiden tersebut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kesal selepas dia terpaksa menjalani pembedahan akibat kecuaian doktor di sebuah klinik kerajaan (KK)
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Hidayah Salim di laman Facebook, wanita berkenaan trauma selepas insiden pahit yang dialaminya ketika rawatan pemasangan alat cegah kehamilan (IUCD).
"Apa tindakan yang perlu diambil? Sama ada redho? Diam? Atau apa? Baru lepas habis pantang secara Czer datang KK untuk dapatkan rawatan cegah kehamilan (IUCD) bertukar tragedi yang menakutkan," katanya.
Image via Hidayah Salim (Facebook)
Doktor tetap nak teruskan pemasangan IUCD walaupun alami kesukaran kerana kedudukan rahim yang tidak berada di tempat sepatutnya
Menurutnya, rawatan tersebut dikendalikan oleh pegawai perubatan di KK terbabit. Sebelum rawatan, doktor buat CT scan dan mendapati kedudukan rahimnya agak ke belakang dan sukar untuk masukkan IUCD.
Namun, doktor terbabit tetap ingin meneruskan pemasangan IUCD walaupun wanita itu sudah bertanya beberapa kali sama ada ia selamat atau tidak.
"Semasa pemasangan doktor tu sendiri alami kesukaran dan aku alami kesakitan. Selepas dah pasang, terus buat CT scan didapati IUCD tiada dalam rahim!
"Doktor tersebut meminta dua doktor lain untuk melakukan scan lagi sekali dan didapati IUCD tiada ditempat sepatutnya & perlu dikeluarkan," katanya lagi.
Image via The Cut
Doktor menghilangkan diri dan tiada perkataan maaf langsung selepas kejadian tersebut
"Doctor yang pasang IUCD aku terus hilang buat kerja seperti biasa tanpa jumpa aku untuk meminta maaf. Rupanya perkataan 'TAK APA, KITA CUBA' bermaksud 'DIA MENCUBA BERMAIN DENGAN NYAWA'.
"Doktor lain yang minta maaf dan bagi surat untuk refer ke hospital berjumpa doktor pakar untuk remove IUCD. Ya Allah! Time ni aku betul-betul mental down!
"Dengan bekas Czer sebelum ni baru pulih dan perlu Czer lagi untuk buang IUCD!! Dengan anak 2 bulan lebih yang fully breastfeeding dan plan nak sunatkan anak sulung cuti sekolah lagi.
"Alhamdullilah pembedahan berjaya dikeluarkan, tapi aku perlu hadapi proses penyembuhan seperti mula-mula bersalin Czer," luahnya.
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment