"Ustaz & Orang Beragama Gatal Are Truly Disgusting!" - Wardina Lontar Pandangan Isu PU Abu
"Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife!" - Wardina Safiyyah.
Apabila sudah berumahtangga, tidak dinafikan memang pelbagai jenis masalah dan ujian bakal hadir. Cumanya yang menguatkan lagi ikatan adalah cara pasangan itu mengatasinya.
Image via Pesona Pengantin
Memang benar, kadang-kala tanpa disedari, cinta di antara pasangan suami isteri kian memudar. Perkara seperti ini juga berlaku jika pasangan mula untuk mencari kesalahan untuk mencetuskan perbalahan, walaupun kesalahan tersebut boleh diatasi dengan perbincangan sahaja.
Kadang-kadang, benda paling kecil pun boleh jadi besar. Hal ini juga mampu untuk merosakkan rumahtangga yang telah dibina sekian lama. Sebab itulah pentingnya keharmonian rumahtangga untuk suami isteri sentiasa memberikan ketenangan dan kebahagiaan.
Baru-baru ini telah viral di media sosial tentang isu (PU) Abu Sufyan yang dikatakan baru sahaja menceraikan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan
PU Abu atau nama sebenarnya Muhd Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, merupakan salah seorang peserta Pencetus Ummah musim ketiga (2015) telah sah menceraikan isterinya Ain Afini untuk berkahwin dengan seorang janda.
Image via Instagram @cianmokhtar
Menurut keterangan bekas isterinya, Ain Afini, dia telah diceraikan pada 13 Mac 2019 kerana PU Abu memilih untuk bernikah dengan seorang janda yang bernama Hana Azraa. Keterangan tersebut telah dikeluarkan menerusi laman Instagram miliknya.
Sebelum itu, PU Abu juga turut meminta izin untuk berpoligami selepas dua bulan pernikahan mereka berlangsung namun ditolak oleh Ain kerana menurutnya, perkahwinan mereka terlalu awal untuk melalui fasa tersebut.
Image via Instagram @ainafini_
Sementara itu, PU Abu juga turut mengeluarkan kenyataan mohon maaf berikutan isu ini. Dia juga turut menyatakan supaya dirinya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan.
Image via Instagram @cianmokhtar
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, PU Abu telah memohon maaf atas kesalahannya menceraikan isteri ketika sarat mengandung dan dia juga menyesal atas keterlanjuran yang dilakukan.
Dia juga mengatakan bahawa, "Saya harap netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terbabit secara langsung atau pun tidak langsung. Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri saya untuk hal yang selanjutnya. Doakan semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik."
Namun begitu, perkongsian yang ditulis di laman Instagram milik PU Abu itu telah dipadam olehnya beberapa jam selepas dimuat naik.
PU Abu juga turut menyuarakan agar netizen menjaga adab sebelum memberikan komen. Letakkan akal dan hati pada tempat pertama.
Bukan setakat itu sahaja, isu ini turut mendapat perhatian artis terkenal, Wardina Safiyyah yang telah melontarkan pandangannya mengenai perkara yang terjadi
Kami berharap semoga segala spekulasi dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak
Berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment