Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Warner Music Didakwa Tamatkan Kontrak Kaka Azraff Lepas Lantang Komen Isu Palestin-Israel?

Setakat ini masih tiada kenyataan daripada pihak Warner Music Malaysia mengenainya.

Cover image via Instagram Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi, Kaka Azraff didakwa telah ditamatkan kontrak dengan syarikat rakaman, Warner Music selepas kelantangannya bersuara menentang kekejaman regim Zionis

Perkara tersebut menjadi tanda tanya selepas tular salinan surat rasmi yang memaklumkan syarikat rakaman tersebut telah menamatkan kontrak penyanyi itu.

Ia terjadi apabila penyanyi tersebut meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

Namun, sebuah akaun di Instagram mula mendedahkan gambar, butiran peribadi, syarikat dinaunginya iaitu Warner Music Malaysia serta melabel penyanyi tersebut sebagai anti-Yahudi.

Image via Instagram

“Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa?

“Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel!” tulis Kaka.

Tindakan Kaka itu, mendapat kecaman daripada netizen Israel yang turut menyuruh pihak rakamannya Warner Music menyelidik serta menggesa dia disingkir daripada label terbabit.

Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, label Warner Music memuat naik hantaran di Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel dan turut melabel Hamas sebagai pihak pengganas. 

Sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak Warner Music Malaysia.

Image via Instagram

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment