Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Waspada Dengan Rakan Sekerja Anda, Kenalpasti Gangguan Seksual Sesama Jenis Di Pejabat

Jangan fikir lelaki dan perempuan sahaja boleh kena.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesedaran mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan rakyat Malaysia adalah sangat penting kerana ia kerap berlaku tambah-tambah lagi di tempat kerja

Hal ini kerana, di Malaysia ramai pernah terkena gangguan seksual dengan rakan sekerja mereka sendiri. Gangguan seksual bukan hanya berlaku antara lelaki dan perempuan, tetapi ia boleh terjadi antara sesama jenis iaitu lelaki dan lelaki, juga perempuan dan perempuan.

Namun, ada di antara mangsa yang hanya mampu berdiam diri kerana takut akan perkara yang akan berlaku pada kerjaya mereka.

Bukan itu sahaja, ia bertambah teruk apabila orang atasan mereka sendiri yang melakukannya.

Apa yang lebih teruk lagi, kesan dari gangguan seksual ini juga menjejaskan perkembangan psikologi dan fizikal mangsa, sekaligus mencalarkan kesejahteraan sosial masyarakat.

Bagi mengupas masalah ini dan cara mengatasinya, SEISMIK telah menjalankan temu bual bersama Peguam Nas Rahman untuk perkongsian dengan pembaca.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The North West Star

Apa itu yang dimaksudkan dengan gangguan seksual?

Berdasarkan Seksyen 2 Akta Kerja 1950, gangguan seksual bermaksud sebarang tingkah laku bersifat seksual di tempat kerja, sama ada secara lisan, perbuatan, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang di mana tingkah laku tersebut boleh menyinggung perasaan atau menjatuhkan maruah seseorang. Ianya juga boleh berlaku dalam golongan sesama jenis, tambahan lagi di tempat kerja.

Menerusi laporan daripada Berita Harian, seramai 257 pekerja lelaki menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja dalam tempoh lima tahun yang direkodkan antara pada tahun 2013 hingga 2017.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan 961 pekerja wanita menjadi mangsa dengan jumlah keseluruhan dalam tempoh lima tahun itu adalah 1,218 kes.

Apakah antara jenis-jenis gangguan seksual sesama jenis yang boleh di pejabat?

Menurut Peguam Nas Rahman, ia boleh berlaku dalam pelbagai cara perbuatan contohnya:

  • Perbuatan dan fizikal: contohnya meraba rakan sekerja.
  • Secara lisan: contohnya menuturkan kata-kata berbaur lucah.
  • Secara isyarat: contohnya membuat isyarat menggunakan 'tangan' atau menggunakan 'mulut'.

Gambar sekadar hiasan.

Image via News Hub

Apakah undang-undang berhubung gangguan seksual?

Beliau memberitahu undang-undang berkenaan gangguan seksual di tempat kerja telah disebutkan secara jelas dalam Akta Kerja 1955 iaitu dari Seksyen 81A hingga 81H.

Pekerja yang terkesan boleh membuat aduan kepada majikan manakala jika syarikat kecil dan pelaku adalah majikan sendiri, aduan boleh dibuat ke Pejabat Tenaga Kerja di bawah Seksyen 81D.

Selain itu, mangsa gangguan seksual juga boleh memulakan tindakan saman sivil ke atas pelaku untuk menuntut pampasan ganti rugi.

Cara untuk mengatasi gangguan seksual sesama jenis di tempat kerja

Apabila ditanya mengenai apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini, Peguam Nas Rahman memberitahu ada beberapa cara yang mereka boleh lakukan iaitu:

  • Merangka polisi anti-gangguan seksual yang menyeluruh dan lengkap di mana polisi ini harus mudah untuk diakses oleh setiap pekerja dan polisi perlulah menyatakan dengan jelas tindakan yang akan diambil ke atas pelaku, tidak kira pangkat dan jawatan.
  • Menyediakan latihan kepada pekerja-pekerja berkenaan gangguan seksual termasuk pihak pengurusan dan juga bahagian Sumber Manusia. Latihan yang spesifik untuk mengenalpasti jenis gangguan, cara untuk mengatasi dan juga langkah untuk membuat aduan perlulah dilakukan secara berkala kepada semua pekerja.
  • Menyediakan pelbagai jenis saluran untuk membuat aduan bagi kes gangguan seksual termasuk aduan secara rahsia.
  • Syarikat perlu memastikan proses penyiasatan bagi kes-kes gangguan seksual dijalankan dengan telus dan adil.
  • Memastikan pekerja-pekerja di bahagian Sumber Manusia mempunyai pengetahuan dan skil yang mencukupi untuk menangani kes gangguan seksual supaya setiap kes dapat ditangani dengan lancar.

Apa tindakan yang boleh diambil mangsa?

Peguam Nas Rahman menjelaskan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh mangsa adalah dengan membuat laporan bertulis iaitu sama ada kepada bahagian Sumber Manusia, pihak pengurusan, Jabatan Tenaga Kerja ataupun pihak polis.

Perlu diingat, kebanyakan kes gangguan seksual berlaku secara lisan. Oleh itu, sukar untuk mangsa mempunyai bukti yang kukuh. Justeru, laporan bertulis yang dibuat dengan segera akan membantu kes mangsa.

Jika aduan dibuat kepada pihak syarikat, maka pihak syarikat bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang adil dan lengkap. Jika terbukti gangguan seksual berlaku, hukuman perlulah dikenakan terhadap pelaku.

Peguam Nas Rahman.

Image via @nas.rahman (TikTok)

Laporkan segera jika anda adalah salah seorang mangsa gangguan seksual di pejabat!

Disclaimer: Kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu ini memberikan maklumat mengenai semua perkara yang melibatkan pengetahuan seksual yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, komuniti, hubungan dan kekeluargaan serta dasar advokasi.

Klik di SINI untuk info lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment