“Welcome To Jumanji” - Macam Masuk Hutan, Lelaki Ini Terkejut Rumah Flat Ini Penuh Pokok
Serabut pula tengok pokok banyak sangat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, mereka yang menetap di rumah teres suka menanam pokok di bahagian luar rumah kerana halaman yang luas
Jarang sekali kita lihat rumah pangsapuri atau flat dipenuhi dengan pokok dan tanaman liar kerana kawasan yang terhad.
Namun, tular baru-baru ini video seorang lelaki memaparkan keadaan di luar rumah flat yang dipenuhi pokok telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rumah penuh dengan pokok menjalar sampai halang laluan lorong
Menerusi video yang dimuat naik oleh @menan_banana, kelihatan dia sedang berada di sebuah kawasan rumah flat.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila dia lalu di depan salah sebuah rumah di situ yang dipenuhi dengan pokok-pokok liar dan menjalar.
Memandangkan rakaman tersebut dibuat pada waktu malam dan mungkin tidak jelas, dia turut berkongsi keadaan luar rumah itu pada waktu siang.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Dia punya minat melampau betul, tanam pokok indoor sudah la. Buatnya ular jatuh atas kepala orang?" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 472.4K tontonan, 32.2K tanda suka dan 2.1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut tidak berpuas hati dengan sikap pemilik rumah itu yang selfish.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Image via @menan_banana (TikTok)
Tuan rumah tak rasa rimas ke banyak sangat pokok depan rumah? Kita pula yang geram :/
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment