Adakah Akan Anda Menonton Drama Malaysia Bertemakan K-Pop?
Ini kali pertama mendengar siri drama tempatan akan diberi suntikan unsur-unsur budaya Korea iaitu K-Pop! Sesuatu drama terbaharu terbitan Wall's Cornetto yang dipanggil "Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara" bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 1 Mei depan setiap Rabu. Nak tahu sangat jika drama ini mampu tarik minat penonton!
Sinopsis dan trailer "Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara"
Siri drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sehingga memperoleh kejayaan masing-masing.
mstar.com.myApa yang pengarah mengatakan anda boleh mengharapkan
Menurut pengarah "Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara," Prem Pillai, konsep K-pop diselitkan dalam drama cinta itu bagi menapkkan sedikit kelainan berbanding kar-karya bersiri lain.
tupai.com.my"Menerusi drama ini diakui saya cuba mengikut kehendak anak-anak muda zaman ini yang sukakan budaya muzik K-Pop."
tupai.com.my"Oleh itu, saya selitkan pelbagai muzik Korea dengan berlatar belakangkan tempat pengajian yang serba moden sesuai dengan konsep remaja yang dipaparkan."
tupai.com.my"Saya selitkan unsur K-Pop dan elemen tarian turut ditampilkan. Para pelakon yang terbabit dengan tarian akan diberi tunjuk ajar oleh pemenang 'So You Think You Can Dance' musim pertama, Alam."
tupai.com.myBaris pelakon dalam "Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara"
Sidang media "Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara"
Sidang media "Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara" dilangsung pada 24 April. Pelakon-pelakon juga dijemput untuk sesi soal jawab pada hari itu.
facebook.com