[TERKINI] Gambar Majlis Perkahwinan Adam AF Dan Fiza Elite
Pelakon Fiza Abd Halim, selamat bergelar isteri kepada penyanyi Adam AF atau Mohd Aizam Mat Saman pada hari bulan 26 Sep ini, tahniah!
Pasangan Adam AF dan Fiza Elite selamat bergelar suami isteri
Gambar: Adam AF Dan Fiza Elite Selamat Bergelar Suami Isteri
terbakor.comMajlis pernikahan yang berlangsung dalam serba sederhana itu dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media. Difahamkan majlis persandingan mereka akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.
mysumber.comPasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap. Kedua-dua tersenyum sepanjang majlis berkenaan berlangsung dan kelihatan sepadan bagai pinang dibelah dua.
blogspot.comIni merupakan perkahwinan kedua bagi Fiza dan perkahiwinan pertama bagi Adam selepas Fiza pernah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.
rotikaya.comAdam AF bakal bernikah dengan Fiza Elite
Adam AF, Fiza Elite Bakal Nikah 26 September 2013
terbakor.comPasangan ini akan bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi.
rotikaya.comFiza, "Sebenarnya, saya pun tidak percaya akan bernikah dengan Adam kerana semuanya berlaku begitu pantas."
"Kami hanya bertukar-tukar nombor telefon pada bulan puasa lalu. Bertanya khabar macam rakan artis lain dan baru-baru ini sahaja semakin rapat sebab sering menjayakan persembahan bersama. Sebenarnya masa raya hari itu, saya & anak-anak ada pergi beraya di rumah Adam."
utusan.com.myTambah Fiza, apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk menerima Adam adalah kerana penyanyi itu bijak mengambil hati anak-anaknya, Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4, yang memanggil penyanyi itu dengan panggilan Abie.
utusan.com.my"Saya boleh terima Adam pun sebab anak-anak selesa dengan dia, itu faktor utamanya. Bagi saya, yang sudah pernah melalui kehidupan rumah tangga, harap kali ini akan berkekalan hingga akhir hayat."
utusan.com.myAdam, "Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, Insya-Allah."
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.
ohbulan.comBerbeza dengan Adam yang berusia 29 tahun, ini adalah pengalaman pertamanya menjadi suami dan nampaknya perbezaan umur empat tahun langsung tidak menjadi masalah buat Adam.
ohbulan.comFiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu
Untuk makluman ini, pasangan ini berkenalan pada Ramadan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian.
beautifulnara.comFiza Elite pernah menganggotai kumpulan Elite manakala Adam AF dikenali kerana mendapat tempat ketiga pada pertandingan Akademi Fantasia 2004
Fiza atau nama penuhnya Siti Saidatul Fiza Abdul Halim, pernah berkahwin pada tahun 2006, namun bercerai pada tahun 2010.
beautifulnara.comBenda-benda hairan yang berlaku sekitar anda? Facebook atau Tweet us! We'll feature it on SAYS
Yang terkini daripada Latest on SAYS (@SAYSdotMY). SAYS is Malaysia's social news network. Tweet us and let us know what's happening around you! We'll look into it.
twitter.comSAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produced and brought to you by Malaysian social media users.
facebook.com