Datuk K Membuat Kemunculan Pertama Sejak Kemalangan
Suami penyanyi dan selebriti Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa (atau Datuk K), semalam telah membuat kemunculan pertamanya di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanahair di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya pada 17 April.
Datuk K menemani isterinya, Dato' Siti Nurhaliza, ke kediaman rasmi Perdana Menteri
Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa atau Datuk K, semalam telah membuat kemunculan pertamanya di khalayak ramai selepas berehat kira-kira 5 bulan akibat kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.
blogspot.comBiarpun terpaksa menggunakan alat sokongan pada leher, dia membuat kemunculan kerana ini adalah kali pertama kemunculannya dikhalayak ramai selepas kemalangan tersebut.
ohartis.comMenurut Datuk K, keadaannya beransur pulih, "Mungkin perlukan masa sebulan dua lagi untuk pulih sepenuhnya. Hari-hari saya kena buat terapi, pergerakan saya masih terbatas terutama di bahagian leher."
beautifulnara.comKemalangan Datuk K Disember tahun lalu
Datuk K terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi Disember tahun lalu. Dia telah menjalani rawatan & pembedahan di Hospital Southland di New Zealand sebelum menerima rawatan lanjut di KL.
blogspot.comDatuk K mengalami patah bahu dan kaki serta patah tiga batang gigi ketika dia bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson.
enciknakal.comFoto Dato' Siti Nurhaliza dengan Datuk K
Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk K
Dato' Siti Nurhaliza telah berkahwin dengan Datuk K pada 21 Aug 2006. Majlis perkahwinan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan dan dipancarkan secara langsung oleh TV3.
glam.com.my