entertainment

Dato' Siti Nurhaliza Jemput SitiZoners Nikmati Promosi Khusus

Dato' Siti Nurhaliza telah melancarkan laman web rasmi, iaitu Siti Nurhaliza Official! Website tersebut adalah pergabungan segala maklumat serta aktiviti-aktiviti mengenai syarikat rakamannya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd., produk kecantikan SimplySiti dan juga laman peminat beliau iaitu SitiZoners. Promosi juga dijalankan khusus untuk SitiZoners!

Cover image via

Dato' Siti Nurhaliza perkenalkan laman web rasmi

Bermula dari saat ini, segala info terbaru dan eksklusif mengenai Dato’ Siti Nurhaliza akan disiarkan dan dipaparkan di dalam laman ini, seperti kegiatan seni, klip-klip video eksklusif yang tidak dapat di laman web lain dan juga informasi tentang aktiviti dan kalendar beliau sepanjang tahun.

budiey.com

Setelah 18 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara dan hampir 4 tahun bergelar seorang usahawan, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akhirnya melancarkan laman web rasmi beliau iaitu Siti Nurhaliza Official menerusi laman web rasmi di www.simplysiti.com.my.

femina.my

Objektif utama laman web rasmi ini diwujudkan adalah untuk mendekatkan lagi hubungan istimewa antara Dato’ Siti Nurhaliza dengan peminat-peminat beliau.

ohbulan.com

Dato' Siti Nurhaliza berkata:

“Hari ini, laman web Siti secara rasminya telah dilancarkan. Siti berasa amat bersyukur, kerana akhirnya usaha Siti bersama team SNP dan SimplySiti berjaya direalisasikan."

budiey.com

"Kepada semua peminat Siti dan semua pengguna SimplySiti, layarilah laman rasmi ini kerana terdapat banyak cerita menarik dan juga banyak promosi dan hadiah hebat dari SimplySiti dan Siti Nurhaliza Productions."

ohbulan.com

"Ia lebih mudah buat semua peminat Siti untuk menuju satu laman bagi mengetahui aktiviti-aktiviti Siti. Ini juga akan turut memudahkan dan memberi peluang bagi peminat Siti dan SimplySiti di luar negara yang seringkali meminta Siti untuk melancarkan produk kami ke sana."

budiey.com

Promosi khusus untuk peminat setia Dato' Siti Nurhaliza

Antara promosi yang dijalankan khusus untuk peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza.

Image via wp.com

"Anda semua dijemput untuk mendaftar sebagai ahli Sitizoner sebelum 30 Jun 2013 untuk menikmati baucar online berjumlah RM10 serta CD Akustik khas dari Siti bersama artis undangan dengan setiap pembelian produk SimplySiti secara online bernilai RM60 ke atas. Sah sementara stok masih ada."

facebook.com

Pelancaran laman web rasmi Dato' Siti Nurhaliza di Sakura Kristal, Taman Melawati

Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official.

Image via staticflickr.com

Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official.

Image via staticflickr.com

Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official.

Image via staticflickr.com

Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official.

Image via staticflickr.com

Iklan terbaru wangian SimplySiti

Unsupported video platform

Artikel berkaitain:

Suami penyanyi dan selebriti Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa (atau Datuk K), membuat kemunculan pertamanya di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanahair sejak kemalangan.

says2.com

Selepas peminat pelakon Sharifah Sakinah dikejutkan apabila dia memuatnaik rakaman video mengaku dirinya pondan, Siti Nurhaliza berkata bahawa dia tidak marah Sharifah meniru suaranya.

says2.com

Penyanyi popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah berkongsi pentas bersama penyanyi antarabangsa popular, Babyface pada majlis amal sempena Grand Prix Formula One 2013.

says2.com

You may be interested in: