Fakta 97.7% Lelaki Suka Wanita Bertudung Bawal Adalah Palsu. Lelaki Inilah Punca Sebenar!
IMHO rakyat Malaysia senang sangat percaya fakta tanpa bukti.
Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS
Baru-baru ini kecoh di laman Facebook apabila satu fakta mengenai pendapat lelaki di Malaysia telah disebarkan. Fakta tersebut berbunyi "97.7% lelaki di Malaysia berpendapat wanita memakai tudung bawal kelihatan lebih cantik."
Fakta tersebut pada awalnya telah dikeluarkan oleh satu page di laman Facebook bernama Aliff Channel dan telah mendapat banyak respon daripada netizen yang kebanyakannya wanita
Sehingga kini post tersebut telah mendapat lebih 18 ribu likes dan lebih 10 ribu shares. Malah ia juga masih menjadi buah mulut di media sosial. Biasalah apabila bercerita mengenai wanita ni pasti saja menjadi bualan ramai, lagi-lagi mengenai penggayaan tudung yang wanita gunakan.
Rupa-rupanya memang ramai wanita terkesan dengan fakta tersebut. Ada yang marah, ada yang tak mahu ambil peduli dan ada juga yang suka. Kelakar pulak rasanya bila baca.
Apabila saya menyusur ke ruangan komen, ada yang kata 100% wanita tak peduli pun tentang isu bawal ni. Ingat mereka kisah ke pasal lelaki?
Memang banyak komen yang diutarakan. Sesetengah netizen juga ada mengatakan mereka memakai tudung kerana Allah SWT. Bukan sebab lelaki. Ya, ini saya sendiri setuju.
Namun, memang tak dinafikan kebanyakan lelaki bersetuju dengan 'fakta' tersebut walaupun bukan semua
Ramai golongan lelaki bersetuju dengan 'fakta' ini tetapi ada juga yang tidak setuju sambil mengemukakan baki peratusan yang salah. Agaknya tersalah pandang angka kot tak pun kalkulator tak berfungsi dengan sempurna. Tak mengapa tiada apa yang perlu dipertikaikan kerana masing-masing mungkin hanya mengeluarkan pendapat secara suka-suka semata-mata.
Tetapi cuba anda fikir, adakah valid statistik tersebut sekiranya sesetengah lelaki sendiri tidak kenal jenis tudung? Seperti komen-komen di bawah.
Anda cuba search di Facebook "97.7% lelaki Msia berpendapat bla bla bla..." dan anda lihatlah sendiri terlalu banyak page yang berkongsi fakta palsu ini dan apa yang melucukan ia menjadi bahan bualan semua netizen terutamanya wanita. Pernah tak terfikir bagaimana data itu diambil sedangkan saya sendiri sebagai lelaki tidak pernah disoal atau menjadi responden kajian tersebut. Jadi adakah ia legit?
Bertambah viral apabila sebuah blog telah mengambil 'fakta' tersebut dan menjadikannya sebagai headline sehingga mendapat beribu-ribu share di Facebook. Kurang pasti apa sebab netizen share tapi yang pasti ia telah menjadikan 'fakta' tersebut seolah-olah fakta sahih.
Jadi siapakah yang memulakan 'fakta' palsu tersebut? Sebelum saya rungkaikan isu ini, terlebih dahulu saya meminta anda semua bersabar dan kalau boleh tidak terlalu emosi. Jeng..jeng..jeng..
Ini dia!
Sebenarnya fakta palsu tersebut telah di-tweet terlebih dahulu di Twitter yakni dilakukan oleh saya sendiri. Tunggu! Jangan marah dulu. Saya sendiri tidak pernah expect ia akan menjadi isu hangat di Twitter malah berlarutan di laman Facebook. Tweet tersebut memang random. Sooooooo random!
Ia hanyalah tweet yang menggambarkan pendapat saya sendiri dan mewakili beberapa rakan lain. Angka yang diletakkan hanyalah random dan bagi saya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah Twitter yang mana setiap orang menggunakan medium ini untuk tweet apa yang mereka mahu.
Tetapi ia menjadi viral apabila tweet tersebut telah mendapat begitu banyak Retweet dan dibawa pula ke medium lain.
Sudah tentu ramai yang mengecam saya di Twitter dan take serious tweet tersebut sedangkan sedia maklum bahawa kita tak boleh percaya 100% terhadap maklumat yang tersebar luas di internet
Dan komen-komen sedemikian masih lagi 'berjalan' termasuklah ketika saya sedang menulis artikel ini. Boleh cakap notification tak henti-henti masuk.
Tapi betul ke perempuan bertudung bawal hanya kelihatan cantik jika mereka sudah sedia cantik?
Nampaknya 'fakta' yang saya sendiri keluarkan telah menjadi begitu hangat dan ada sesetengah wanita tidak boleh terima dan menganggap ia serius. Maaf jika anda salah seorang daripadanya.
Nak gelak pun ada, nak rasa bersalah pun ada. Yelah, salah saya sendiri kerana mencari nahas memulakan isu tersebut. Hehe...Tetapi tindakan sesetengah netizen juga di luar jangkaan.
Sampai ada yang sanggup screenshot perbualan bersama buah hati (sunshine) di Whatsapp dan tweet-kan kepada saya sebagai bukti.
Ketika ini saya baru sedar, memang besar isu tudung bawal ini dan ia bukanlah topik terbaik buat pasangan kekasih mahu bicarakan. Lelaki take note!
Semakin hari semakin banyak isu berbangkit. Saya yakin ramai wanita agak geram dan dalam masa yang sama ingin membuktikan pemakaian tudung bawal bukanlah senang seperti yang disangka kebanyakan lelaki.
In My Humble Opinion... setiap orang mempunyai citarasa masing-masing dan cantik itu subjektif. Mungkin cantik di mata kita tetapi tidak di mata orang lain.
Setiap orang sememangnya dilahirkan cantik dan indah kerana kita adalah sebaik-baik kejadian. Mungkin ramai yang marah kerana pemakaian tudung bukanlah untuk lelaki semata-mata tetapi lebih kepada menurut tuntutan agama. I second that... Malah, perempuan juga diingatkan untuk mengelakkan memakai sesuatu yang menarik perhatian lelaki dan lelaki harus menjaga mata mereka.
Tetapi sebagai seorang manusia, pastinya saya dan juga anda suka melihat sesuatu yang cantik dan indah. Memang itu sifat semulajadi manusia. Tetapi jika anda baca semula tweet tersebut, saya mengatakan wanita kelihatan lebih cantik apabila mengenakan tudung bawal. Ini pendapat saya. Pendapat orang lain mungkin berbeza.
Sebelum saya akhiri artikel ini, pernah tidak anda terfikir mengapa ia dipanggil tudung bawal?
Ini ke jawapannya? Saya sendiri pun tak tahu. =D
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!