Tudung Kalis Air Pertama Di Dunia Ini Mungkin Bakal Popular Di Malaysia
Para hijabster wajib memiliki tudung berteknologi tinggi ini.
Jika kamu seorang pemakai tudung, pasti kamu sudah biasa bila diajukan soalan "Tak panas ke?"
Secara logiknya, jika cuaca panas memang kamu akan rasa panas dan berpeluh-peluh. Kalau hujan pula, datang pula masalah tudung basah kuyup. Bagaimana pula dengan masalah bau kurang menyenangkan akibat peluh di sebalik tudung?
Masalah panas ini mungkin dapat diatasi oleh seorang usahawan berusia 22 tahun, Ahmad Ghanem yang mencipta Veil, hijab mesra cuaca yang pertama di dunia
Diinspirasikan dari pakaian sukan seperti Nike, Veil Cool Dry diperbuat daripada fabrik istimewa yang kalis air. Ia bukan saja tak akan basah, malah ia juga tidak menyerap peluh.
Masalah hujan atau bau kurang menyenangkan pada tudung akibat peluh? Settle!
Veil juga akan membuatkan si pemakai merasa sangat selesa kerana ia mempunyai teknologi yang membuatkan hijab yang dipakai kekal sejuk
Veil akan mengekalkan suhu hijabnya pada 7 hingga 10 darjah lebih rendah daripada hijab biasa. Jadi tiadalah masalah peluh menitik lagi.
Menurut Ahmad Ghanem, Veil dicipta sebagai penghargaan kepada para pemakai hijab yang tetap bangga bertudung, tak kira hujan atau panas
Inovasi beliau ini sangat menarik sehingga portal online fesyen terkemuka refinery29.com, laman Buzzfeed dan Mashable turut menulis tentang hijab Veil ini
Setakat ini, projek Veil telah menerima tajaan sebanyak USD 32,370 (RM120,811) di laman kickstarter.com berbanding sasaran asal Ghanem iaitu USD 5,000 (RM18,661) sahaja
Siapa tahu, dalam masa terdekat ini kamu berpeluang untuk bergaya di hari raya Aidilfitri dengan tudung Veil?