8 Kedai Makan Sedap & Murah Sesuai Untuk 'Students' Di Cyberjaya
Nasi Arab, ayam kampung, mi tarik... semua ada!
1. Bawal Power Sempoi @ Food Court TSI Sports Arena
Untuk anda yang inginkan seafood on a budget, kedai makan Bawal Power Sempoi ini wajib anda cuba! Cuba hidangan-hidangan menarik dan berpatutan seperti set Ikan Bawal Bakar (RM11) yang dihidang bersama nasi putih dan ulam. Yang lebih sukakan sotong jangan lupa untuk cuba set Sotong Goreng Berempah XXL (RM12).
Alamat: Food Court TSI Sports Arena, Jalan Usahawan 2, Cyber 6
Waktu Operasi:
10 pagi - 3 petang (Isnin - Jumaat)
Tutup setiap Sabtu & Ahad
No.Telefon: +6011 3533 1741
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
2. Karyabhara Cafe @ Neo Cyber
Nasi Bujang yang simple dan memuaskan di kafe ini dihidang bersama drumet ayam, telur dadar, dan sambal serta pilihan kuah seperti masak lemak cili api, asam pedas dan kuah kari. Dijual dengan harga RM7.90, menu ini ternyata menjadi pilihan popular bagi golongan students di Cyberjaya ini.
Alamat: No. 37, Aras G, Block E, Biz Avenue 2, Neo Cyber, Lingkaran Cyber Point Barat
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 1 pagi (Ahad - Khamis)
12 tengah hari - 2 pagi (Jumaat - Sabtu)
No.Telefon: +6017 735 4556
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
3. Restoran Mad Ayam Kampung @ Neo Cyber
Kepada yang minat hidangan berlauk, gerai makan ini cukup popular dengan ayam kampung goreng dan bermacam-macam lagi pilihan lauk-pauk yang menyelerakan. Mengikut lauk yang dipilih, anda boleh makan tengah hari di sini dengan berbelanja lebih kurang RM8 ke RM12 sahaja. Kami syorkan anda cuba ayam goreng panas-panas dicicah budu!
Alamat: No. 93A, Aras G, Block M, Biz Avenue 2, Neo Cyber, Lingkaran Cyber Point Barat
Waktu Operasi:
11 pagi - 3 petang, 5 petang - 12 malam (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Jumaat
No.Telefon: +6012 200 8747
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
4. Saba Restaurant @ Jalan Perdana
Restoran Arab yang terkenal dengan harganya yang berpatutan ini kini tampil dengan promosi set meal serendah RM10.90 - termasuk air! Pilih antara Kabsah Chicken atau Roasted Chicken sebagai hidangan utama, dan untuk minuman pula, pilih antara Sunquick, sirap, atau teh O ais.
Nota: Promosi ini sah untuk weekdays sahaja dari sekarang hingga 31 Mac 2018.
Alamat: No. 2, Aras G, Block A1, CBD Perdana, Jalan Perdana
Waktu Operasi: 11.30 pagi - 11.30 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 8320 2544
Status: Halal
Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook
5. Restoran Makang @ Jalan Perdana
Minat masakan Terengganu? Sebungkus Nasi Dagang di Restoran Jom Makang ini bermula serendah RM4. Pelbagai pilihan lauk-pauk disediakan di sini untuk anda tambah kepada nasi anda mengikut bajet masing-masing.
Alamat: No. 4805-0-02, CBD Perdana 2, Jalan Perdana, Cyber 12
Waktu Operasi:
7.30 pagi - 3 petang (Isnin - Jumaat)
7.30 pagi - 2 petang (Sabtu)
Tutup setiap Ahad
No.Telefon: +6019 602 1007
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
6. Nasi Kak Wok @ Glomac Cyberjaya
Di samping hidangan Nasi Kak Wok (dijual bermula serendah RM5), anda juga boleh menikmati pelbagai snek budget-friendly di sini seperti Roti Titab dan Kuih Akok. Mee Celup pun ada!
Alamat: No. 1-06/07, Jalan GC 11, Glomac Cyberjaya, Cyber 4
Waktu Operasi: 8 pagi - 10 malam (setiap hari)
No.Telefon: +6019 218 5992
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
7. Salam Noodles @ Shaftsbury Square
Restoran Chinese Muslim yang popular dengan hidangan Mi Tarik ini menyediakan pelbagai pilihan mi dengan harga bermula RM7.90. Anda boleh juga mendapatkan set noodles yang disekalikan dengan air dan sayur dengan harga RM10.90 sahaja.
Alamat: No. P2-17, Aras G, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia
Waktu Operasi: 11 pagi - 12 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 8320 9372
Status: Halal
Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook | Instagram
8. Restoran Sebulek @ Shaftsbury Square
Anda boleh menikmati sarapan pagi atau makan tengah hari yang mengenyangkan dengan bajet RM10 di restoran selesa ini. Pilihan hidangan best di sini termasuk Lontong, Roti Jala, dan pelbagai jenis kuih-muih.
Alamat: No. P1-12, Aras G, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia
Waktu Operasi: 7 pagi - 6 petang (setiap hari)
No.Telefon: +6012 624 8388
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!