lifestyle

6 Kombinasi Makanan Yang Kita Rasa Biasa, Tapi Sebenarnya Tak Elok Dimakan Bersama

Take note!

Cover image via NDTV Food | EURACTIV

Rakyat Malaysia memang tidak asing lagi dengan konsep menggabungkan pelbagai jenis makanan untuk dimakan bersama. Tetapi, pernahkah anda terfikir jika kesemua kombinasi makanan sebenarnya selamat untuk dimakan?

Image via Reaction Gifs

Berikut merupakan beberapa jenis kombinasi makanan yang lebih elok jika dielakkan:

1. Pisang dan air berkarbonat

Gabungan kedua-dua bahan ini boleh mengakibatkan kembung perut dan muntah-muntah apabila dimakan bersama dalam jarak waktu yang singkat. Protein daripada pisang dipercayai akan menyaluti karbon dioksida daripada air berkarbonat tersebut dan membentuk buih yang kian membesar di dalam perut. Akhirnya, buih tersebut akan dikeluarkan sebagai muntah apabila tiada lagi ruang di dalam badan.

2. Jus oren dan bijiran

Walaupun kedua-dua bahan ini biasanya tersedia di meja makan sewaktu sarapan pagi, ianya menjadi idea yang baik jika anda jarakkan masa makan antara jus oren dan bijirin. Kandungan kanji yang tinggi di dalam bijirin dan sifat jus oren yang berasid membuatkannya sukar untuk dihadam pada waktu yang sama.

3. Daging dan makanan laut

Walaupun kombinasi daging dan makanan laut sudah biasa dihidangkan di rumah dan di restoran, ianya sebenarnya dapat membawa kesan memudaratkan kepada badan. Daging dan makanan laut memerlukan enzim berlainan untuk dihadam di dalam badan. Oleh kerana itu, apabila kedua-duanya dimakan sekali gus, ia dapat menyukarkan proses penghadaman dan mengakibatkan ketidakselesaan perut.

4. Mengambil ubat dengan air berkabonat

Air berkarbonat merupakan bahan berasid, dan ini bukan sahaja dapat menjejaskan fungsi antibakteria ubat tersebut, ia juga dapat mengakibatkan reaksi alahan yang berbahaya. Jus dan minuman berkafein juga boleh mengurangkan kemurajaban ubat yang diambil. Oleh itu, ubat lebih elok diambil bersama air kosong.

5. Mengambil buah-buahan bersama makanan

Walaupun buah-buahan kebiasaannya dimakan selepas waktu makan sebagai pencuci mulut, cara pemakanan seperti ini kerap dikaitkan dengan kembung perut dan ketidakselesaan. Apabila buah-buahan dimakan bersama makanan berat, ianya akan mengambil masa yang lama untuk dihadam kerana perut terpaksa menghadam makanan berat tersebut dahulu. Dalam masa ini, buah-buahan tersebut boleh menjadi busuk, dan mengakibatkan angin di dalam badan.

6. Mengambil minuman bersama makanan

Memang sudah menjadi kebiasaan untuk minum air sewaktu makan, tetapi tabiat ini sebenarnya dapat mengakibatkan ketidakhadaman. Ini adalah kerana air yang diminum boleh mencairkan jus gastrik yang dihasilkan di dalam perut. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, minum air sekurang-kurangnya 30 minit sebelum atau selepas makan.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Dapatkan banyak lagi info pemakanan di sini:

You may be interested in: