Makan Banyak Tapi Susah Naik Berat? Ini 5 Sebab Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Tak sangka yang #3 pun dikira! :O
Pernah tak anda mengalami masalah sukar untuk naik berat badan? Makanlah sebanyak mana pun, berat masih sama dan boleh dikategorikan sebagai 'underweight'.
Untuk individu yang mengalami masalah seperti ini dan masih tidak tahu punca sebenar perkara ini berlaku, kami sertakan perkongsian daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Alhafizah A. Ramos melalui laman Facebook yang telah menjawab tanda tanya anda semua tentang punca sebenar berat badan sukar untuk naik.
Baca perkongsian penuh Alhafizah di bawah:
Sebab yang pertama adalah bagi individu yang selalu ‘skip’ makan. Contohnya tidak mengambil sarapan pagi dan terus makan tengahari.
Sebab kedua selalunya melibatkan pengambilan kuantiti makanan yang tidak mencukupi. Contohnya pengambilan makanan ringan yang kalorinya tidak cukup untuk menaikkan berat badan anda.
Untuk individu yang mempunyai perut bersaiz kecil, anda boleh cuba praktik cara-cara di bawah:
Selain itu, sebab ketiga pula merupakan 'speed' anda ketika makan. Jika terlalu perlahan juga akan menjadi salah satu faktor kenapa berat badan susah naik. Tapi jangan terlalu laju ya, nanti tercekik pula.
Sebab keempat pula adalah tentang pengambilan air kosong yang berlebihan. Bukan tidak bagus, tapi elakkan makan berulam air sahaja.
Faktor terakhir pula merupakan kekurangan zat dalam badan seseorang yang membolehkan anda hilang selera makan
Untuk pengetahuan semua:
Mungkin anda boleh ubah gaya hidup dan cara pemakanan anda mulai hari ini untuk mengelakkan berat badan turun mendadak. Dah nak raya ni, nanti baju raya tak muat susah pulak kan!