6 Restoran Masakan Vietnam Mesti-Cuba Untuk Anda Yang Sukakan Pho, Bahn Mi & Banyak Lagi
Kelas memasak pun ada!
1. Super Saigon
Restoran elegan serba biru ini menyajikan pelbagai pilihan Vietnam menyelerakan! Untuk yang sukakan Pho, anda boleh nikmati hidangan noodles ini dengan sedikit kelainan di sini iaitu dengan tambahan kuah sate pedas. Yang sukakan sandwic Banh Mi dan salad noodles Bun Cha boleh juga cuba semuanya di sini!
Cawangan: TTDI | Sri Hartamas
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
2. Du Viet
Pelbagai hidangan Vietnam klasik boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan di restoran popular ini. Selain Pho, anda boleh juga mencuba Spring Rolls, Vietnamese Seafood Fried Rice dan Hanoi-Style Noodles With BBQ Beef. Lengkapkan lagi sesi makan anda dengan secawan Vietnamese Coffee!
Cawangan: Uptown Damansara | KLCC | Sunway Pyramid
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
3. Pho Hoa Noodle Soup
Restoran Vietnam popular ini menumpukan menunya kepada hidangan Pho. Anda boleh pilih isian yang diingini untuk sup anda, termasuklah hirisan daging, meatballs, perut, urat dan bermacam-macam lagi.
Cawangan: The Curve | Setia City Mall
Status: Pork-free
4. Viet Ngon @ Amcorp Mall
Kafe santai bertempat di Amcorp Mall ini menghidangkan masakan Vietnam sedap yang juga budget-friendly. Antara hidangan istimewa di sini termasuklah Rice Paper Roll yang digoreng rangup dan juga Chicken Mixed Noodles.
Alamat: Viet Ngon, No. 18, Aras LG, Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya
Waktu Operasi: 11 pagi - 10 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6019 475 7311
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
5. VietThai @ TTDI
Sukakan kedua-dua masakan Vietnam dan juga Thai? Di sini, anda boleh dapatkan hidangan best of both worlds! Pilih daripada pembuka selera padu seperti Vietnamese Spring Rolls, dan untuk hidangan utama pula, Lemongrass Chicken Chop memang wajib anda cuba.
Alamat: VietThai, No. 4, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
11 pagi - 3 petang, 6 petang - 11 malam (Isnin - Jumaat)
11 pagi - 11 malam (Sabtu & Ahad)
No. Telefon: +603 7733 7718
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
6. Sao Nam Vietnamese Cuisine @ Bukit Bintang
Restoran simple dan minimalis ini cukup popular dengan hidangan masakan Vietnam yang menarik. Antara hidangan yang perlu anda cuba ialah Banh Xeo iaitu pancake telur berinti ayam, udang dan sayuran segar. Rugi kalau tak cuba!
Alamat: Sao Nam Vietnamese Cuisine, No. 25, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12.30 tengah hari - 2.30 petang, 7 malam - 10.30 malam
No. Telefon: +603 2144 1225
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Bonus: Kelas Memasak Hidangan Vietnam @ From Mai Home, Subang Jaya
Untuk anda yang ingin cuba memasak hidangan Vietnam anda sendiri, kelas memasak home-based di Subang Jaya ini berkongsi pelbagai resipi menarik seperti Pho dan Hanoi Rolls. Servis penghantaran juga disediakan untuk beberapa hidangan istimewa mereka seperti Banh Mi dan Lemongrass Chicken Sticks. Klik sini untuk dapatkan maklumat jadual kelas memasak seterusnya.
Alamat: USJ 2, Subang Jaya
No. Telefon: 017 289 5658
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!