12 Hidangan ‘Power’ Yang Wajib Anda Cuba Bila Di Bangi
Memang 'food hunting' la cerita dia! 😀
Cover image via Instagram @ayu.shuhaimi | Paramount Coffee House1. Ikan Patin Tempoyak @ Gulai Kampung
Image via Instagram @ayu.shuhaimi
Untuk anda yang gilakan hidangan tradisional Pahang ini, pastikan anda order semangkuk Ikan Patin Tempoyak di sini! Dengan ikannya yang berlemak dan kuahnya yang likat, memang tidak hairanlah mengapa restoran ini cukup popular sebagai pilihan makan tengah hari.
Alamat: Gulai Kampung, No. 6B, Aras G, Jalan Medan PB 5, Seksyen 9
Waktu Operasi:
11 pagi – 6 petang (Isnin – Ahad)
12 tengah hari – 6 petang (Jumaat)
No. Telefon: +6013 670 2204
Status: Halal
Image via Instagram @fey.zal.baim
2. Nasi Beriani @ Restoran Anje Beriani Bangi
Image via Aminah Majid
Image via Instagram @pejoyhabib
Nasi Beriani power di sini memang wajib dicuba! Nikmati portion yang besar dan pilihan lauk yang menyelerakan, seperti Kari Ayam dan Kurma Kambing.
Alamat: Restoran Anje Beriani, No. 13, Jalan 15/1C, Seksyen 15
No. Telefon: +6013 742 8160
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
3. Sup Urat Keting @ Sup Urat Ketin
Hidangan istimewa di sini ialah Sup Urat Keting iaitu sup yang direbus bersama urat kaki lembu. Supnya yang kaw dan sedikit pedas ditambah pula dengan kepingan urat keting yang lembut menjadikan hidangan ini cukup sedap dinikmati lagi-lagi di hari hujan.
Alamat: Sup Urat Ketin, No. 20, Aras G, Jalan 15/1E, Seksyen 15
Waktu Operasi: 9 pagi – 1 pagi (setiap hari)
No. Telefon: +6012 735 7678
Status: Halal
Image via Foursquare
Image via Vocket
4. Ayam Penyet Bakar @ Pondok Malindo
Image via Pondok Malindo
Untuk yang sukakan hidangan berkuah pula, jangan lupa untuk cuba Lontong Malindo. Hidangan yang sedap berlemak ini sedap dimakan panas-panas!
Alamat: Pondok Malindo, No. 8, Aras G-01 Jalan Medan PB 2A Medan PB2, Seksyen 9
Waktu Operasi:
11 pagi – 10 malam (Isnin – Ahad)
(Tutup setiap Selasa)
No. Telefon: +603 8912 9695
Status: Halal
Image via null
Minat masakan Indonesia? Jom ke Pondok Malindo untuk nikmati hidangan Ayam Bakar Penyet yang cukup menyelerakan ini. Ayam berempah dibakar ini dihidang lengkap bersama nasi putih, sup, tempe goreng dan sayuran.
5. Creamy Butter Dory Fish @ Cartel Coffee Shop
Image via Cartel Coffeeshop
Peminat kopi pula jangan terlepas untuk mencuba minuman Signature Columbian Latte di sini. Kombinasi kopi dan ais krim yang digunakan menjadikannya seakan-akan dessert!
Alamat: Cartel Coffee Shop, No. 11, Jalan 15/1D, Seksyen 15
Waktu Operasi:
10 pagi – 12 malam (Selasa – Ahad)
(Tutup setiap Isnin)
No. Telefon: +6017 390 3848
Status: Halal
Image via Instagram @cartelcoffeeshop
Untuk yang in the mood for seafood, cubalah Creamy Butter Dory Fish di kafe moden ini. Ikan Dory yang digoreng hingga keemasan ini dihidangkan dengan sos Creamy Butter dan nasi putih. Memang padu!
6. Daging Tetel Goreng Jintan @ BungaLawang Cafe
Restoran yang menyediakan lauk-pauk berinspirasikan masakan ibu ini menyajikan lauk Daging Tetel Goreng Jintan yang cukup unik rasanya. Kepingan daging berlemak yang ditumis bersama rempah dan cili ini wajib dicuba sekurang-kurangnya sekali!
Alamat: BungaLawang Cafe, No. 50, Aras G, Jalan 7/7B, Section 7
Waktu Operasi:
11 pagi – 12 malam (Selasa – Jumaat)
9 pagi – 12 malam (Sabtu & Ahad)
(Tutup setiap Isnin)
No. Telefon: +603 8922 9921
Status: Halal
Image via BunganLawang Cafe
7. Peruvian Chicken @ Denali & Pinnacles
Image via Instagram @denali.and.pinnacles
Kafe comel ini cukup popular dengan pilihan masakan Barat yang sedap dan berpatutan, contohnya hidangan Peruvian Chicken ini. Pilih _side dishes_ yang diingini dan nikmati ayam panggang anda bersama sos Jalapeno Mayo. Lain macam sedapnya!
Alamat: Denali & Pinnacles, Lot 1-4, Aras 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, Off Jalan 3/70
Waktu Operasi:
5 petang – 2 pagi (Isnin – Ahad)
(Tutup setiap Selasa)
No. Telefon: +603 8912 5936
Status: Halal
8. Sate @ Maharaja Satay
Image via Maharaja Satay
Yang ini pula khas untuk peminat sate! Nikmati sate ayam dan daging yang lembut dan penuh flavour di sini, dicicah pula dengan kuah kacang likat. Simple dan sedap!
Alamat: Maharaja Satay, Lot 59, Aras G, Jalan 7/7C, Seksyen 7
Waktu Operasi: 4.30 petang – 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6013 360 0508
Status: Halal
9. Bazooka Burger @ Port Cafe
Untuk yang berselera besar bolehlah cuba Bazooka Burger di sini! Burger bakar double patty ini dilengkapkan lagi dengan cheese, sayuran dan bun burger yang fluffy dan buttery.
Alamat: Port Cafe, No.7, Aras G, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9
Waktu Operasi:
12.30 tengah hari – 11 malam (Isnin – Jumaat)
1.30 petang – 1 pagi (Sabtu & Ahad)
(Tutup setiap Selasa)
No. Telefon: +6016 555 6020
Status: Halal
Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Facebook
Image via Instagram @epollllll
10. Oreo Vanilla Waffle @ Paramount Coffee House
Image via Paramount Coffee House
Mengidam something sweet? Kunjungi kafe ini untuk pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Oreo Vanilla Waffle ini. Waffle lembut ini dihidangkan bersama ais krim vanilla, buah strawberi segar, sos coklat dan serbuk Oreo.
Alamat: Paramount Coffee House, No. 7-47-01 Seksyen 9, Jalan Medan Pusat Bandar 8A
Waktu Operasi: 8 pagi – 10.30 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6013 290 0067
Status: Halal
11. Basque Burnt Cheesecake @ The Caravan Cafe
Image via The Caravan Cafe
Terkenal dengan pilihan dessert moden yang cukup menyelerakan, kunjungan ke kafe ini tidak lengkap tanpa mencuba Basque Burnt Cheesecake yang dihidangkan bersama krim putar dan berries ini!
Alamat: The Caravan Cafe, No. 15, Aras G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 11.30 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 8211 3909
Status: Halal
12. Pavlova Cake @ Little White Cafe
Image via Little White Cafe
Yang sukakan macarons juga bolehlah cuba pelbagai perisa yang disediakan di sini.
Alamat: Little White Cafe, No. 13, Jalan Medan Pusat Bandar 4A
Waktu Operasi:
11 pagi – 10 malam (Selasa – Khamis)
3pm – 10pm (setiap Jumaat)
Tutup setiap Isnin
No. Telefon: +603 8211 5369
Status: Halal
Image via Little White Cafe
Jangan lupa untuk cuba Pavlova Cake di kafe berinspirasikan dekor British ini. Kek berlapiskan meringue, krim putar dan coklat ini dilengkapkan lagi dengan sos strawberi untuk menyedapkan lagi dessert istimewa ini.
