11 Kafe Moden Di Johor Bahru Dengan Kopi, Pastri Dan Makanan Menjilat Jari

Kalau di KL, kafe-kafe moden dan hipster sudah terlalu banyak. Jadi, apa kata kali ini kita tinjau Johor Bahru pula.

Enlarge text

1. Faculty Of Caffeine (FOC)

Image via www.amiehu.com

Kafe **Faculty Of Caffeine (FOC)** adalah berkonsepkan perindustrian. Diasaskan oleh seorang pelajar perubatan dan seorang pereka dalaman yang kedua-duanya mempunyai minat mendalam terhadap kopi, makanan dan reka bentuk, mereka bersemangat dalam menyajikan kopi, pastri, dan aksesori berkaitan kopi pada kualiti tinggi untuk pelanggan. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/facultyofcaffeine/timeline) & [Instagram](https://instagram.com/facultyofcaffeine/) Faculty Of Caffeine untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**: 106, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**: Isnin – Ahad = 9.00am-6pm
**Telefon**: +016-7132 714 atau +6010-2260 311

2. Café Racer by Grillbar

Diusahakan oleh orang kuat di belakang Grill Bar Steakhouse, **Café Racer** adalah sebuah kafe bertemakan motosikal yang terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru. Kafe ini menyajikan makanan halal lazat dengan harga berpatutan di dalam satu persekitaran yang sangat *cool* yang pasti disukai ramai. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/caferacerbygrillbar/timeline) Café Racer by Grillbar untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**: 72, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**: Isnin – Ahad = 11.30am-11pm
**Telefon**: +607-335 0000

3. Chaiwalla and Co. Container Cafe

**Chaiwalla** terletak di Jalan Tan Hiok Nee di seberang HSBC bank di situ. Ia kelihatan seperti sebuah lorong dengan pintu gerbang yang menandakan pintu masuk ke pasar malam JB yang terkenal iaitu Bazaar Karat. Layari [laman web](http://chaiwallaandco.blogspot.com/), [Facebook](https://www.facebook.com/chaiwalla.co/timeline) dan [Instagram](https://instagram.com/chaiwallaco/) Chaiwalla & Co. Container Cafe untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**: Lot 2810, Tan Hiok Nee Street, 80000 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**:
Ahad – Khamis = 12pm-12am
Jumaat – Sabtu = 12pm-1am
**Telefon**: +6016-7973 999

4. Lokap Cafe

**Lokap Cafe** adalah sebuah restoran atau kafe yang bertemakan penjara. Pemilihan menu mereka terdiri daripada bahan-bahan berkualiti tinggi, dari daging cincang gulung sehinggalah ke latte dan kopi. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/LokapCafe?fref=ts) dan [Instagram](https://instagram.com/lokap_cafe/) Lokap Cafe untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**: 11, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**: Selasa – Ahad = 5pm-12am. Tutup pada Isnin.
**Telefon**: +6012-7970 440

5. Miyakori Café

**Miyakori Café** merupakan sebuah *coffee house* yang berpangkalan di Johor Bahru. Kafe ini menyajikan 100% kopi Arabica terbaik dan teh berkualiti tinggi. Dengan *tagline* mereka *'Happiness In A Cup'*, mereka cenderung untuk menyajikan secawan kebahagiaan, seperti yang pelanggan suka. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/miyakoricafe) dan [Instagram](https://instagram.com/miyakoricafe) Miyakori Café untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**: 41, Jalan Indah 22/14, Bukit Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**:
Isnin, Rabu, Khamis & Ahad = 12pm-10pm
Jumaat & Sabtu = 12pm-11pm
Tutup pada Selasa
**Telefon**: +607-2444 882

6. Coffee Loft

**Coffee Loft** menerapkan definisi *'raw and elegant'* ke dalam reka bentuk dalaman kafe mereka. Mereka berbangga dalam menyediakan persekitaran tempat makan yang memberi keselesaan kepada pelanggan, yang akan membuat mereka datang kembali untuk kali kedua dan seterusnya. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/coffeeloft88) dan [Instagram](https://instagram.com/coffeeloft/) Coffee Loft untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**: No.29, Jalan Molek 1/12,Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**:
Isnin – Khamis = 12pm-11pm
Jumaat – Ahad = 12pm-12am

7. Coffee Valley

Espresso, Kopi, *Signature Waffle*, Brunch, kek dan banyak lagi! Setiap hidangan direka khas dengan cara yang seimbang dan sihat yang tidak akan membiarkan anda merasa bersalah semasa menikmati hidangan yang lazat. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/coffeevalleyehs/timeline) & [Instagram](https://instagram.com/coffeevalley/) Coffee Valley untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**:
L2-550A, Sutera Mall, 81300 Johor Bahru, Johor.
12A Jalan Trus, 80000 Bandaraya Johor Bahru, Johor.
**Waktu operasi**: Khamis – Selasa = 12.30pm-10pm. Tutup pada Rabu.
**Telefon**: +607-5622 744

8. Coffee Nowhere

**Coffee Nowhere** (sebutan *now+here*) berazam untuk membangkitkan satu memori bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan semasa *gathering* para pelanggan. Mereka akan mengukir lebih kenangan manis melalui secawan kopi di sebuah kafe konsep klasik. Layari [Laman web](http://coffeenowhere.com/), [Facebook](https://www.facebook.com/coffeenowhere?fref=photo) & [Instagram](https://instagram.com/coffeenowhere/) Coffee Nowhere untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**: No. 30 Jalan Gaya 1, Taman Gaya,, 81800 Ulu Tiram, Johor
**Waktu operasi**: Isnin – Ahad = 11.00am-12am
**Telefon**: +6013-771 9355

9. Just Want Coffee, Homies

**Just Want Coffee (JWC)** merupakan salah satu perintis dalam menggalakkan budaya kopi istimewa di Johor Bahru. Pada September 2014, Homies telah dilancarkan dengan konsep *'Home'* yang membolehkan anda menikmati makanan dan minuman berkualiti tinggi dalam seolah-olah berada di kawasan kediaman anda. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/jwchomies?fref=photo) & [Instagram](https://instagram.com/jwchomies/) Just Want Coffee, Homies untuk info lebih lanjut.

**Status**: Halal

**Alamat**: Jalan Molek 1/27, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**: Isnin – Ahad = 12.00pm-12am
**Telefon**: +607-5622 744

10. Once Upon A Time Cafe & Boutique

Sesiapa yang berkunjung ke **Once Upon A Time Cafe & Boutique** ini pasti terbayangkan kisah dongeng atau *fairy tale* purba zaman kanak-kanak dulu. Dengan menghidangkan makanan dan kopi lazat, kafe ini sememangnya menjadi pilihan penduduk di Johor Bahru. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/ouatcafe?fref=photo) Once Upon A Time Cafe & Boutique untuk info lebih lanjut.

**Status**: Non-Halal

**Alamat**: No. 7A Showhouse, Jalan Persiaran Jaya Putra 1, Bandar Jaya Putra, 81100 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**: Isnin – Ahad = 1pm-11pm
**Telefon**: +6016-7973 999

11. The Brew Orchestra

**The Brew Orchestra** adalah lebih daripada sebuah "rumah" bagi penggemar kopi. Kafe ini amat menitikberatkan kualiti pada setiap menu yang dihidang, tidak dari dari makanan utama, pencuci mulut, kek, dan kopi. Alami perbezaannya di sini. Layari [Facebook](https://www.facebook.com/thebreworchestra) & [Instagram](https://instagram.com/thebreworchestra/) The Brew Orchestra untuk info lebih lanjut.

**Status**: Non-Halal

**Alamat**: 19 Jalan Molek 1/5C. Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
**Waktu operasi**:
Ahad – Khamis = 8.30am-10.30pm
Jumaat – Sabtu = 8.30am-11.30pm
**Telefon**: +607-3588 234

Sekarang kita lihat pula kafe-kafe sebegini di Shah Alam dan di sekitar Kuala Lumpur: