Puding Roti Laici Dan 8 Lagi Hidangan Minum Petang Ringkas Anda Boleh Hasilkan
Semua resipi ini sememangnya mudah untuk dibuat dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Lebih-lebih lagi untuk minum petang!
1. Lempeng Ubi Kayu
Lempeng Ubi Kayu adalah hidangan yang sangat senang untuk dibuat dan juga sedap untuk dinikmati bersama sambal tumis, memang puas! Tapi jika anda jenis yang tidak suka pedas, lempeng ubi kayu ini juga sedap untuk dicicah dengan apa-apa gulai yang memikat citarasa anda. Boleh juga dicicah bersama gula halus!
Dapatkan resipi penuh Lempeng Ubi Kayu di sini.
2. Cekodok Ubi Kayu Ranggup
Siapa sahaja di Malaysia pasti sukakan hidangan cekodok untuk minum petang bukan? Cekodok Ubi Kayu ini memang sedap kerana ianya menggunakan pelbagai rempah-ratus dalam adunannya. Seperti jintan putih, jintan manis, dan serbuk kunyit. Dengan resipi ini, anda dapat menghasilkan cekodok yang sedap, rangup, dan aromatik! Pasti akan disukai oleh tetamu yang berkunjung!
Dapatkan resipi penuh Cekodok Ubi Kayu Ranggup di sini.
3. Getuk Ubi Kayu
Seperti cekodok, Getuk Ubi Kayu ini juga adalah hidangan yang sangat ringkas untuk dibuat untuk menghidang tetamu untuk minum petang. Resipi ini hanya menggunakan beberapa bahan saja untuk mendapatkan Getuk Ubi Kayu yang rangup di luar, tapi betul betul fluffy di dalam!
Dapatkan resipi penuh Getuk Ubi Kayu di sini.
4. Roti Puri
Roti Puri merupakan hidangan tradisi masyarakat India yang biasanya dimakan untuk sarapan pagi atau makan malam. Dengan hanya menggunakan 7 bahan biasanya terdapat dapur kita, anda boleh menghasilkan roti puri ini dengan sangat senang dan cepat. Yang paling best sekali, Roti Puri ini sedap dimakan dengan apa-apa gulai kesukaan anda!
Dapatkan resipi penuh Roti Puri di sini.
5. Puding Roti Laici
Puding Roti Laici ini sangat unik dan pasti dapat memikat selera tetamu anda! Dengan menggunakan buah laici, puding roti ini berasa lebih manis daripada puding roti lain, dan anda pasti akan suka tekstur yang menarik buah laici memberi kepada pencuci mulut ini. Tambahan lagi dengan sos sirap karamel, memang sedap dihidangkan dengan secawan teh panas!
Dapatkan resipi penuh Puding Roti Laici di sini.
6. Roti Goreng Berinti
Jika anda inginkan hidangkan yang lebih istimewa, bolehlah cuba untuk menghasilkan Roti Goreng Berinti ini. Ianya sangat cantik dengan warna keperangan dengan rasa yang cukup sedap dan memuaskan! Untuk membuat hidangan ini lebih unik, anda boleh menggunakan apa-apa inti kesukaan anda untuk membuat resipi ini.
Dapatkan resipi penuh Roti Goreng Berinti di sini.
8. Nugget Tempe
Jika anda inginkan sesuatu yang lebih sihat, Nugget Tempe ini kaya dengan protein dan juga sesuai untuk dimakan. Untuk membuat hidangan ini lebih sihat, anda boleh membakarnya dalam ketuhar, daripada gorengkannya dalam minyak. Cara ini akan menghasilkan nugget yang cukup rangup, tanpa menggunakan minyak yang berlebihan.
Dapatkan resipi penuh Nugget Tempe di sini.
9. Sardin Gulung
Hidangan Sardin Gulung memang popular dihidangkan untuk minum petang dan resipi ini memberi anda cara yang sangat ringkas untuk menghasilkan hidangan Sardin Gulung yang sedap! Dengan intinya yang menggunakan ikan sardin, cili merah, bawang besar dan limau kasturi, hidangan ini pasti akan digemari para tetamu anda.
Dapatkan resipi penuh Sardin Gulung di sini.