10 Idea Resipi Bekal Makanan Ringkas Dan Sihat Untuk Menjaga Diet Anda

Ni memang khas untuk orang yang sedang berbajet dan ingin mengurangkan berat badan.

1. Sandwich Ikan Dory

Sandwich Ikan Dory

Image via MyResipi

Sandwich adalah hidangan yang begitu ringkas untuk dibuat dan untuk dibawa bekal. Sandwich ini sangat healthy kerana menggunakan ikan dory yang sangat tinggi dengan protein.

Jika anda nak sandwich ini lagi healthy, anda boleh menggunakan roti 'wholemeal' untuk menambahkan lagi nutrien-nutrien dalam sandwich ini. 

Dapatkan resipi penuh Sandwich Ikan Dory di sini

2. Makaroni Bakar

Makaroni Bakar

Image via MyResipi

Makaroni Bakar ini sangat ringkas untuk dibuat. Anda juga boleh membuat resipi ini terlebih dahulu dan bekukan, untuk dijadikan bekal makanan anda sepanjang minggu.

Menggunakan sayur-sayuran, daging dan makaroni, hidangan ini confirm dapat membekalkan anda dengan tenaga yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti seharian. 

Dapatkan resipi penuh Makaroni Bakar di sini.

3. Nugget Ayam

Nugget Ayam

Image via MyResipi

Resipi Nugget Ayam ini alternatif yang sihat jika anda suka makanan ringan. Diperbuat daripada dada ayam segar, resipi nugget ayam dibuat lebih sihat apabila dibakar dalam ketuhar daripada digoreng dalam minyak. Memang lazat flavour nugget ini kerana menggunakan keju parmesan dan cebisan daun parsley untuk seasoning

Dapatkan resipi penuh Nugget Ayam di sini.

4. Telur Dadar Kentang

Telur Dadar Kentang

Image via MyResipi

Telur dadar ini sangat ringkas untuk dibuat dan hanya menggunakan 8 bahan sahaja. Sangat flavourful dan juga berkhasiat, resipi ini elok untuk anda yang selalu mengejar masa pada pagi hari. Campak-campak semua dalam kuali, tinggal sekejap, beres bekal makanan anda! ;D 

Dapatkan resipi penuh Telur Dadar Kentang di sini.

5. Omelet Tuna

Omelet Tuna

Image via MyResipi

Jika anda suka telur dadar, tapi mahu sedikit lagi protein untuk bulking season, bolehlah cuba omelet ini! Menggunakan 1 tin ikan tuna dan 5 biji telur, memanglah hidangan ini dapat membekalkan anda dengan protein dan tenaga yang cukup untuk membina otot yang kuat.

Dapatkan resipi penuh Omelet Tuna di sini.

6. Fish Cake

Fish Cake

Image via MyResipi

Kalau diet anda memerlukan hidangan yang kaya dengan protein, cubalah fish cakes ini! Diperbuat dari isi ikan tuna Salmon atau Tuna, kentang, dan lobak merah, fish cakes ini memang sangat berkhasiat untuk dibawa untuk bekal. Kalau nak extra special, boleh serve hidangan ini dengan acar sayur. Memang sedap!

Dapatkan resipi penuh Fish Cake di sini.

7. Nugget Tempe

Nugget Tempe

Image via MyResipi

Resipi ini khas untuk orang penggemar tempe! Tempe juga merupakan sumber protein alternatif yang sangat bagus selain daripada ikan dan telur. Selain itu, tempe juga boleh membantu anda untuk menurunkan kolesterol dan mengimbangkan kadar glukosa dalam darah anda. 

Dapatkan resipi penuh Nugget Tempe di sini.

8. Roti Telur

Roti Telur

Image via MyResipi

Hidangan ini memang sedikit lain-dari yang lain. Dengan rupa ala-ala roti french toast, hidangan ini memang sangat simple dan sesuai untuk anda yang kejar masa dan memerlukan resipi last-minute. 

Dapatkan resipi penuh Roti Telur di sini.

9. Brokoli dan Sweet Peas Goreng

Brokoli dan Sweet Peas Goreng

Image via MyResipi

Resipi ini khas untuk anda yang sedang menjalankan low-carb diet. Menggunakan sayuran brokoli dan sweet peas, hidangan stir-fry ini dilazatkan lagi dengan ketulan ayam yang dapat memberikan anda nutrien yang cukup untuk menjalankan aktiviti harian, tanpa karbohidrat berlebihan. 

Dapatkan resipi penuh Brokoli dan Sweet Peas Goreng di sini

10. Salad Simple

Salad Simple

Image via MyResipi

Juga untuk sesiapa yang sedang mengurangkan karbohidrat dalam diet, salad ini memang mudah untuk dibuat, penuh dengan nutrien-nutrien sihat dan sangat mengenyangkan.

Menggunakan beberapa jenis daun, salad ini mempunyai tekstur yang sangat unik dan crunchy. Tambahan lagi dengan penggunaan italian seasoning, salad ini sangat flavourful dengan rasa masam-masam manis campuran cuka, minyak zaitun, dan italian herbs.

Dapatkan resipi penuh Salad Simple di sini

Leave a comment