Ujian Makmal KKM Sahkan Produk Roti Gardenia Selamat Dimakan & Patuhi Piawaian Makanan
Pengguna tidak perlu risau lagi makan produk Gardenia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah mengesahkan produk keluaran mereka mematuhi spesifikasi keselamatan makanan
Perkara ini sekaligus memenuhi keperluan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan. Ujian makmal ini dilaksanakan susulan kebimbangan pengguna yang timbul baru-baru ini.
Pengesahan dan ujian makmal ini dihasilkan oleh makmal bebas bertauliah ke atas produk-produk Gardenia.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook mengenai perkara ini dan pengesahan produk yang selamat.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan rasmi untuk pemeriksaan semua fasiliti pengeluaran Gardenia pada 10 November untuk siasatan.

Kerjasama penuh telah diberikan kepada KKM sepanjang tempoh pemeriksaan
Gardenia mengesahkan mereka telah memberikan kerjasama penuh kepada KKM sepanjang tempoh pemeriksaan itu berlangsung.
"Pihak KKM berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) serta amalan keselamatan makanan yang dilaksanakan oleh pihak kami," jelas Gardenia.

Pihak Gardenia juga menegaskan mereka komited untuk penjagaan pengguna dan memastikan piawaian kualiti yang ketat dan tinggi.
"Kami ingin memberi jaminan bahawa keselamatan makanan, kualiti produk serta kesejahteraan pengguna sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami," katanya.
Dalam pada itu, Gardenia turut mengatakan mereka menghargai kesabaran, pemahaman dan kepercayaan berterusan yang diberikan oleh para pengguna.
Untuk rekod, baru-baru ini tular di media sosial atas dakwaan keracunan makanan selepas pengguna membeli produk keluaran Gardenia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via